Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.bu.ru] | ڤمبورو

Definisi : 1. orang yg memburu; 2. alat (kelengkapan dll) utk berburu; anjing ~ anjing utk memburu; hantu ~ sl hantu yg mempunyai rupa anjing; kapal (kapal terbang) ~ kapal (kapal terbang) yg kecil dan laju utk mengejar kapal (kapal terbang) musuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.bu.ru] | ڤمبورو

Definisi : 1 orang yg memburu sesuatu: Seorang ~ telah mati tertembak oleh temannya sendiri. 2 alat yg digunakan utk memburu: kapal ~ kapal yg kecil tetapi amat laju utk mengejar kapal musuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemburu


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LABAH-LABAH PEMBURU UMUM 
ANJING PEMBURU AFGHAN

Anjing pemburu Afghan ialah anjing yang

dikenali kerana kepantasan dan kecekapannya.

Beratus-ratus tahun lamanya, ia digunakan untuk

memburu gazel, kelinci, dan harimau bintang salji

di Afghanistan.

UMUM 
ORION

Orion, Si Pemburu, ialah buruj yang terang yang

termasuk dua daripada bintang yang paling terang

di langit. Orion sering digambarkan membelakangi

kita. Dalam pandangan ini, bintang merah yang

terang, Betelgeuse, menandakan bahu kirinya.

Bintang putih biru yang dikenali sebagai Rigel

menandakan kaki kanannya. Dua bintang yang

lebih malap, Bellatrix dan Saiph, menandakan bahu

kanan dan kaki kiri Orion. Orion mudah dikenal

pasti melalui satu baris tiga bintang yang

membentuk tali pinggangnya. Sebilah pedang,

yang terbentuk daripada sebaris bintang yang

malap, tergantung dari tali pinggangnya.

UMUM 
SAFARI

Safari ialah pemburuan teratur di Afrika. Pemburu

menyertai safari untuk mengambil peluang

membunuh kerbau Cape, gajah, harimau bintang,

singa, badak sumbu, atau lain-lain haiwan buruan

yang besar. Satu perjalanan teratur untuk mengambil

foto haiwan liar juga dikenali sebagai safari.

Kebanyakan safari lamanya dari tiga hingga enam

minggu. Kebanyakannya diatur oleh syarikat safari

yang menyediakan semua bekalan dan personel yang

diperlukan.

UMUM 
ANJING FOXHOUND

Anjing foxhound ialah anjing perburuan yang

bersaiz sederhana. Kumpulan anjing pemburu ini

memburu musang dengan cara menghidu baunya

di atas tanah untuk mengesannya.

UMUM 
BRIDGER, JAMES

Bridger, James (1804–1881), pemburu,

pemerangkap, peniaga bulu haiwan, dan pemandu

arah, adalah salah seorang perintis perbatasan

Amerika yang paling terkemuka.

UMUM 
SCOTLAND, SEJARAH

Scotland, Sejarah. Peneroka awal di Scotland

mungkin telah tiba pada akhir Zaman Ais terakhir.

tetapi tinggalan arkeologi yang awal sehingga kini

menunjukkan ia bertarikh dari kira-kira tahun 6000

S.M. Penghuni awal Scotland ialah pemburu dan

nelayan yang berhijrah mengikut jalan laut dari

selatan. Bilangan mereka sangat kecil dan

sebahagian besarnya tinggal di kawasan pesisir.

Kebudayaannya tergolong dalam Zaman Mesolitik

(Zaman Batu Pertengahan).

UMUM 
NAGALAND

Nagaland ialah negeri di timur laut India. Negeri

ini terpencil dan berbukit, terletak di selatan

sungai Brahmaputra dan Myanmar di bahagian

timur. Pada ketika dahulu negeri ini lebih dikenali

dengan suku kaumnya yang suka berperang dan

pemburu kepala sehingga awal tahun 1900-an.

UMUM 
THOMPSON, FRANCIS

Thompson, Francis (1859–1907) ialah penyair

Inggeris. Dia menghasilkan puisi penuh emosi

yang menggambarkan kepercayaannya yang

mendalam terhadap Roman Katolik. “ The Hound of

Heaven ” (1893) ialah karyanya yang paling terkenal.

Puisi tersebut menggambarkan Jesus Christ

sebagai pemburu yang baik hati yang mendalami

dan akhirnya menghayati jiwa penyair yang

terawang-awang.

UMUM 
KUDA

Kuda merupakan satu daripada haiwan yang paling

berguna sejak beribu-ribu tahun. Satu masa

dahulu, kuda ialah cara pengangkutan yang

paling pantas dan yang paling pasti untuk

mengembara di darat. Pemburu yang menunggang

kuda mengejar haiwan dan membunuhnya

untuk makanan dan untuk kegiatan sukan. Puak-puak

nomad Asia menakluk Eropah, dan sateria-sateria

Zaman Pertengahan menyerang dengan

menunggang kuda perang yang gagah. Peneroka

Eropah menggunakan kuda semasa mereka

menjajah Afrika, Amerika dan India.

UMUM 
12

Kembali ke atas