Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.me.cut] | ڤمچوت

Definisi : ist perkakasan atau perisian tambahan yg mempercepat pemprosesan sedia ada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemecut


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PEMECUT ZARAH UMUM 
PEMECUT LINEAR UMUM 
SINKROTRON

Sinkrotron ialah alat yang memecut elektron

dan proton kepada tenaga tinggi. Ia adalah

sejenis pemecut zarah yang menyebabkan zarah

bergerak dalam orbit bulat (lihat Pemecut zarah).

Ahli fizik menggunakan sinkrotron untuk

mengkaji struktur dan daya nukleus atom.

UMUM 
SIKLOTRON

Siklotron ialah mesin yang memecut zarah

atom bercas elektrik kepada tenaga tinggi. Ia

adalah sejenis pemecut zarah yang menjadikan

zarah bergerak berkeliling. Siklotron memecut

zarah yang berbeza-beza jisimnya daripada

proton hingga kepada nukleus berat. Kebanyakan

zarah mencapai tenaga dari 10 juta hingga 50 juta

elektron volt. Malah, beberapa zarah mencapai

tenaga yang lebih tinggi.

UMUM 
SINKRO-SIKLOTRON

Sinkro-siklotron ialah alat yang memecut

proton atau zarah nukleus yang lebih berat

kepada tenaga tinggi. Ahli fizik menggunakan

pemecut zarah jenis ini, terutamanya untuk

mengkaji nukleus atom.

UMUM 
BETATRON

Betatron ialah pemecut zarah untuk memecut elektron yang kadangkala dinamakan zarah beta.

FIZIKAlat/Alatan
PROTAKTINIUM

Protaktinium ialah unsur kimia dan logam

radioaktif yang tergolong dalam siri unsur aktinida.

Dua kumpulan ahli sains telah mengasingkan unsur

ini pada tahun 1917. Mereka ialah Otto Hahn dan

Lise Meitner dari Jerman, dan Frederick Soddy dan

John Cranston dari Great Britain. Protaktinium wujud

secara semula jadi dalam semua bijih uranium. Ia

juga dihasilkan secara artifisial dalam reaktor

nuklear dan dalam pemecut zarah.

UMUM 

Kembali ke atas