Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.me.nang] | ڤمنڠ

Definisi : orang (pihak dll) yg menang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.me.nang] | ڤمنڠ

Definisi : orang (pasukan dll) yg menang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
menang (kata kerja)
Bersinonim dengan berjaya, mendapat kejayaan, beroleh hadiah, mencapai kemajuan, berhasil, beruntung, lulus, ghalib;,
Kata Terbitan : memenangi, memenangkan, kemenangan, pemenang,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HOFSTADTER, ROBERT

Ahli fizik dari Amerika Syarikat dan pemenang hadiah Nobel dalam bidang Fizik.

FIZIKTokoh
ROTH, MARK

Roth, Mark (1951– ) ialah orang Amerika yang

menjadi pemenang hadiah wang utama sepanjang

masa dalam pertandingan boling profesional pada

tahun 1987. Roth juga memegang beberapa rekod

profesional lain dalam sukan boling. Dia membuat

pencapaian purata yang tertinggi di kalangan

pemain boling profesional sebanyak lima kali pada

tahun 1976, 1977, 1978, 1979, dan 1981. Purata

pencapaian yang dibuat sebanyak 221.662 pada

tahun 1979 telah mencipta satu rekod baru.

UMUM 
MORISON, SAMUEL ELIOT

Morison, Samuel Eliot (1887–1976) ialah ahli

sejarah Amerika, guru sejarah, dan pemenang dua

Hadiah Pulitzer. Bukunya Admiral of the Ocean

Sea, tentang riwayat hidup Columbus,

memenangi hadiah tersebut pada tahun 1943, dan

bukunya John Paul Jones menerima hadiah pada

tahun 1960. Buku-bukunya yang lain termasuklah

History of United States Naval Operations in

World War II yang ditulis dalam 15 jilid (1947–

1962), The Intellectual Life of Colonial New

England (1960), One Boy’s Boston (1962), The

Oxford History of the American People (1965), The

European Discovery of America: The Northern

Voyages (1971) dan The European Discovery of

America: The Southern Voyages (1974).

UMUM 
PERADUAN MENGARANG CERPEN

PERADUAN MENGARANG CERPEN, peraduan menulis genre cerpen. Peraduan mengarang cerpen bermula pada tahun 1949 apabila Jawatankuasa Khutub-khanah UMNO, Johor Bahru menganjurkan peraduan ini. Pemenang utama pertama ialah Wan Cik Abdullah dengan cerpen “Cinta Terbelai”, pemenang utama kedua ialah Siti Aishah Perak dengan cerpen “Pembalasannya” dan pemenang ketiga utama ialah Jamil Sulong dengan cerpen “Kalau Dah Cinta”. Peraduan mengarang cerpen ini mendapat perhatian yang menggalakkan daripada penaja, penganjur dan pengarang sepanjang dekad 1950-an. Fenomena ini berterusan hingga ke dekad 1990-an, walaupun ada kalanya penaja dan penganjur menggunakan istilah ’sayembara’ penulisan cerpen.

SASTERAKonsep
SALINA

Salina ialah novel karya Sasterawan Negara, A.

Samad Said. Nama asal novel ini ialah Gerhana,

tetapi ditukar menjadi Salina apabila diterbitkan

oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada

tahun 1961. Novel ini adalah pemenang hadiah

penghargaan Peraduan Novel DBP pada tahun

1958. Salina dianggap oleh kebanyakan pengkritik

sastera sebagai novel Melayu yang bermutu dan

merupakan salah satu puncak dalam

perkembangan kesusasteraan Melayu. Novel ini

juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa

Inggeris, Perancis, Cina, Korea dan Jepun.

UMUM 
KNOPF, ALFRED A.

Knopf, Alfred A. (1892–1984), penerbit Amerika

yang terkenal. Knopf menerbitkan karya ratusan

penulis penting pada tahun 1900-an, termasuk

16 pemenang Hadiah Nobel untuk kesusasteraan.

UMUM 
HUJAN PAGIHUJAN PAGI, novel karya Sasterawan Negara A. Samad Said yang terbesar sesudah Salina. Novel ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1987 dan terpilih sebagai pemenang Hadiah Sastera 1986/1987 bahagian novel. Novel Hujan Pagi diterbitkan semula oleh penerbit yang sama sebagai Edisi Khas Sasterawan Negara sejumlah 15 000 naskhah pada tahun 1988. SASTERAKarya
KELPIE AUSTRALIA

Kelpie Australia ialah anjing biri-biri yang

benar-benar aktif dan sangat bijak dengan naluri

semula jadi untuk mengawal biri-biri dan yang

tidak mengenal penat untuk bekerja. Kelpie adalah

anjing yang gemalai, berotot dan berlari dengan

pantas. Kelpie berasal daripada anjing collie

Scotland berbulu pendek. Anjing ini mempunyai

bulu yang pendek dan telinga yang tegak. Warna

bulunya adalah hitam, sawo matang, merah,

perang muda, coklat atau biru asap. Pemenang

lumba percubaan anjing biri-biri Australia yang

pertama pada tahun 1872 dikenali sebagai Kelpie

(bahasa Gaelic bagi pari-pari air) dan nama bakanya

diperoleh daripada jualan anak Kelpie.

UMUM 
MITCHELL, REGINALD JOSEPH

Mitchell, Reginald Joseph (1895–1937) ialah

jurutera penerbangan British yang mereka bentuk

Spitfire, iaitu kapal terbang pejuang Britain yang

terkemuka semasa Perang Dunia II. Dia menyertai

Vicker Aviation Ltd. pada tahun 1916. Joseph

Mitchell menjadi ketua pereka dan

bertanggungjawab terhadap kapal terbang laut

Vickers Supermarine yang memenangi Trofi

Schneider tiga kali berturut-turut antara tahun 1927

hingga tahun 1931 (lihat Trofi Schneider).

Supermarine S6, pemenang Trofi Schneider pada

tahun 1931, ialah kapal terbang pertama yang

melebihi kelajuan 644 kilometer (400 batu) sejam.

Mitchell lahir berhampiran Stoke-on-Trent, di

Staffordshire, England.

UMUM 
PERSATUAN MELAYU PULAU PINANG

PERSATUAN MELAYU PULAU PINANG, persatuan untuk menjaga kepentingan orang Melayu.  Persatuan yang juga dikenal sebagai PEMENANG ini ditubuhkan pada 9 Mei 1927 dengan nama asalnya Penang Malay Association.  Persatuan ini ditubuhkan untuk menjaga kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam di bawah kerajaan British.  Pada peringkat awal, persatuan ini menjalankan operasinya di pejabat Dr. Kamil Mohamad Ariff, di Lebuh Leith dan S.M. Eusoff, di Jalan Burma.  Alamat persatuan ini sekarang ialah Bangunan Persatuan Melayu Pulau Pinang, No. 117,. Jalan Macalister, 10400 Pulau Pinang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan

Kembali ke atas