Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.men.ci.lan] | ڤمنچيلن

Definisi : perbuatan dsb memencilkan; ~ diri perbuatan memencilkan atau menyisih­kan diri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pencil
Kata Terbitan : memencilkan, pemencilan, terpencil, keterpencilan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DASAR PEMENCILAN

Dasar pemencilan ialah satu doktrin yang

diamalkan oleh orang yang berpendirian bahawa

sesebuah negara sepatutnya mengambil pendirian

bebas daripada negara lain.

UMUM 
PEMPROSESAN HILIRANProses yang melibatkan semua proses pasca penghasilan seperti penuaian, pemencilan, penulenan, pengawetan, dan pembungkusan produk. Terdapat juga industri produk biologi yang tidak melibatkan penghasilan produk, contohnya pemprosesan dan pengawetan buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, dan daging. Oleh itu, produk tersebut hanya perlu melalui proses hiliran seperti pengetinan atau pemprosesan kepada produk tambah nilai yang lain.KEJURUTERAANProses/Tindak Balas
TABIR BESI

Tabir Besi, adalah suatu frasa yang dipopularkan

oleh Sir Winston Churchill pada tahun 1940-an.

Frasa ini merujuk kepada dasar pemencilan

Kesatuan Soviet selepas Perang Dunia II. Kesatuan

Soviet mengenakan sekatan perdagangan dan

penapisan yang tegar sehingga menyekat negara

tersebut dan negara “satelit” Eropah Timurnya

daripada dunia luar.

UMUM 
NAIPAUL, V.S.

Naipaul, V.S. (1932– ) ialah penulis Hindia

Barat dan disanjung kerana novel-novelnya berlatar

belakang Caribbean dan Afrika, serta buku-buku

perjalanannya. Kerja-kerjanya mengkaji tentang

pembuangan negeri dan menimbulkan persoalan

tentang hubungan antara kebudayaan dan identiti

nasional. Penekanan Naipaul terhadap penjajahan,

pemindahan pelarian, keganasan politik, dan

pemencilan menimbulkan kritikan yang

membandingkan hasil kerjanya dengan penulis

seperti Joseph Conrad, penulis Poland.

UMUM 

Kembali ke atas