Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mer.ha.ti] | ڤمرهاتي

Definisi : 1. orang yg mengikuti per­kembangan sesuatu: ~ politik yg objektif akan menyetujui Perdana Menteri; 2. orang yg menghadiri persidangan dsb tetapi tidak mengambil bahagian dlm perbincangan dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mer.ha.ti] | ڤمرهاتي

Definisi : 1 orang yg memberikan perhatian. 2 orang yg menghadiri (menyertai) sesuatu persidangan, seminar dll tetapi tidak mengambil bahagian dlm perbincangan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
METEOR

Meteor ialah jalur cahaya terang yang muncul

dalam masa singkat di langit. Pemerhati sering

menamakan meteor tahi bintang atau bintang gugur

kerana ia kelihatan seperti bintang yang gugur dari

langit. Kadangkala meteor yang paling terang

dinamakan bola api. Meteor muncul apabila zarah

atau serpihan logam atau batu yang dinamakan

meteoroid memasuki atmosfera bumi dari angkasa

lepas. Geseran udara memanaskan meteoroid

menjadikannya berkilau dan mewujudkan ekor yang

bersinar daripada gas dan zarah meteoroid lebur.

Gas ini termasuk bahan meteoroid yang terwap dan

gas atmosfera yang dipanaskan semasa meteoroid

melalui atmosfera. Kebanyakan meteor berkilau

selama kira-kira sesaat.

UMUM 
AUCHINCLOSS, LOUIS

Auchincloss, Louis (1917– ), penulis

Amerika. Dia merupakan salah seorang

pemerhati sastera yang terbaik di kalangan

“kelas atasan” penduduk Amerika di zamannya.

Auchincloss biasa bergaul dengan orang atasan.

Dia lahir di Lawrence, New York, Amerika

Syarikat. Dia mendapat pendidikan di Groton,

sebuah sekolah swasta; Universiti Yale dan

University of Virginia . Auchincloss bekerja

sebagai seorang peguam di firma Wall Street di

New York . Kebanyakan watak di dalam novelnovelnya

ialah peguam.

UMUM 
PERSPEKTIF

Perspektif ialah satu teknik yang digunakan oleh

artis untuk memberikan ilusi kedalaman dan jarak

kepada sebuah gambar. Apabila diperhatikan

sebuah gambar yang dibuat dalam perspektif,

pemerhati mempunyai tanggapan bahawa mereka

sedang melihat melalui sebuah jendela. Tepi

gambar itu menjadi “bingkai jendela.”

Pemandangan itu nampaknya menghilang di

kejauhan dari satu tempat yang tetap di sebelah

jendela pemerhati.

UMUM 
NADIR

Nadir ialah titik di angkasa yang betul-betul berada

di atas kepala seseorang yang berdiri. Bagi

seseorang pemerhati di bumi, langit kelihatan

seperti separuh kubah dengan bahagian tepinya

membentuk satu bulatan besar yang terletak di atas

permukaan bumi yang rata. Bayangkan satu garisan

ladung tergantung dari bahagian pusat kubah ini,

betul-betul di atas kepala anda, dan melalui pusat

bumi ke angkasa sehingga ke titik pusat separuh

kubah yang tidak kelihatan itu yang terletak di

bawah bumi. Kedua-dua titik yang menandakan

penghujung garisan ladung yang kita bayangkan

tadi, ialah zenit dan nadir. Titik-titik ini ialah kutub

bagi ufuk, dan setiap satunya berkedudukan 90°

darjah dari ufuk tersebut. Lihat juga Zenit.

UMUM 
AUTOBIOGRAFI

Autobiografi adalah satu jenis penulisan biografi.

Dalam autobiografi penulis menceritakan riwayat

hidup dirinya sendiri. Autobiografi menceritakan

keadaan hidup peribadi orang yang menarik kepada

pembaca. Ia juga memberikan maklumat oleh

pemerhati sebenar tentang peristiwa sejarah atau

cerita oleh orang yang membantu mencipta sesuatu

peristiwa. Sesetengah orang menggunakan

autobiografi untuk menerangkan atau mewajarkan

tindakan dalam hidup mereka. Sesetengah

autobiografi diilhamkan oleh perasaan nostalgia yang

berkaitan dengan zaman silam penulis. Yang lainnya

pula ditulis oleh orang masyhur yang berasa bahawa

mereka boleh memperoleh wang dari minat orang

ramai yang ingin tahu tentang kehidupan mereka.

UMUM 
SYDENHAM, THOMAS

Sydenham, Thomas (1624–1689), salah seorang

doktor Inggeris yang paling dikagumi pada

zamannya. Dia berpendapat bahawa perubatan

hendaklah dipelajari melalui pengalaman di katil

pesakit dan amalan perubatan hendaklah

didasarkan pada pemerhatian, bukannya dengan

membaca buku atau menggunakan teori. Dia

merupakan pemerhati yang tajam dan memberikan

huraian yang sangat baik tentang gout, demam

skarlet, campak dan influenza.

UMUM 
SINDROM KEMATIAN BAYI MENGEJUT

Sindrom kematian bayi mengejut, juga

disebut SIDS, kematian kot, atau kematian krib, ialah

suatu keadaan yang mengakibatkan kematian bayi

yang berkeadaan sihat. Dalam kebanyakan kes, bayi

didapati mati selepas beberapa jam diletakkan di

atas katil. Sebab kematiannya tidak dapat ditentukan,

walaupun selepas dijalankan autopsi dan mengkaji

keseluruhan sejarah perubatan mangsa. Di

kebanyakan negara, (Sindrom kematian bayi

mengejut) (SIDS) merupakan salah satu penyebab

utama kematian bayi. Pemerhati yang pernah

memerhatikan kejadian yang membawa kepada

SIDS melaporkan tubuh bayi tersebut menjadi biru,

tidak bermaya dan berhenti bernafas. Bayi yang

malang ini tidak menangis atau meronta.

UMUM 
KHALID M. HUSSAINKHALID M. HUSSAIN (1937-        ), penulis dan pengkaji teks Melayu klasik. Dia lahir pada 2 November 1937 di Kulim, Kedah. Nama sebenarnya ialah Khalid bin Muhammad Hussain. Dia juga menggunakan nama samaran Kalidas dan Pemerhati.SASTERATokoh
ROMANOV, GRIGORIY VASILYEVICH

Romanov, Grigoriy Vasilyevich (1923– ),

tokoh terkemuka Parti Komunis Kesatuan Soviet.

Parti Komunis menguasai kerajaan Kesatuan Soviet

sehingga tahun 1991. Romanov telah berkhidmat

sebagai ahli penuh Politburo parti tersebut dari

tahun 1976 hingga tahun 1985, dan sebagai ahli

Urusetia Jawatankuasa Pusat Parti tersebut dari

tahun 1983 hingga tahun 1985. Dia juga merupakan

ahli Presidium dari tahun 1970 hingga tahun 1985.

Politburo merupakan badan yang menentukan

dasar parti dan urusetia mengurus pentadbiran

hariannya. Presidium ialah sebuah badan penting

bagi kerajaan Soviet. Pada tahun 1985, Romanov

memohon untuk bersara dari semua jawatan,

disebabkan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

Akan tetapi ramai pemerhati berpendapat bahawa

dia telah digugurkan kerana dia telah kehilangan

pengaruh dalam parti.

UMUM 

Kembali ke atas