AUTOPSI | Autopsi ialah pemeriksaan luaran dan dalaman ke atas mayat. Ia juga dikenali sebagai nekropsi dan pemeriksaan bedah siasat . | UMUM | |
AUDIT | Audit ialah pemeriksaan dan penyemakan akaun kewangan oleh juruaudit profesional (akauntan) yang tidak terlibat dalam penyediaannya. Akaun ini boleh jadi akaun organisasi awam, swasta, atau organisasi bukan mencari keuntungan. Tujuan audit adalah untuk memastikan akaun organisasi memberi gambaran yang sebenar dan tepat tentang aktiviti perniagaan. Audit adalah bahagian yang penting dalam perakaunan . | UMUM | |
MIKROTOMI | Mikrotomi pada asalnya bermakna potongan mikroskopik. Tetapi kini, ia bermakna seni menyediakan objek untuk pemeriksaan melalui mikroskop. Tanpa persediaan, sebilangan kecil objek boleh diperiksa dengan betul melalui mikroskop (lihat Mikroskop). Sekeping logam, misalnya mesti digilap dengan baik dan digores sebelum strukturnya boleh dilihat. Batu-batan digergaji menjadi hirisan cukup nipis untuk dilihat melalui teknik mikrotomi. | UMUM | |
KIROPODI | Kiropodi yang juga dinamakan podiatri, ialah cabang perubatan yang berkaitan dengan pemeriksaan, diagnosis, rawatan, dan pencegahan penyakit kaki, pergelangan kaki dan tumit manusia. | UMUM | |
SISTEM TORRENS | Sistem Torrens ialah sistem untuk mendaftarkan geran harta tetap (tanah dan bangunan). Sistem ini diambil daripada nama Sir Robert Torrens yang memperkenalkannya di Australia Selatan pada tahun 1858. Tujuan sistem ini ialah untuk menjadikan pemindahan hartanah adalah mudah dan selamat seperti pemindahan harta lain dan mengakhiri pemeriksaan geran yang berulang kali. | UMUM | |
ADDISON, THOMAS | Addison, Thomas (1793–1860) ialah doktor British yang terkenal kerana pemeriannya tentang penyakit Addison. Addison melaporkan dalam satu kertas penyelidikan pada tahun 1855, bahawa dalam keadaan penyakit ini, kulit menjadi kuning tembaga berserta kelenjar adrenal yang berpenyakit. Dia juga memerikan anemia Addison, yang kini dikenali sebagai anemia pernisius (lihat Anemia ). Semasa hayatnya, reputasi Addison terletak pada kebolehannya yang terkemuka sebagai doktor dan guru. Ketelitiannya melakukan pemeriksaan pada pesakit dan ketepatan diagnosisnya menjadi terkenal. | UMUM | |
AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 | Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 ialah akta yang memperuntukkan pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan taman asuhan kanak-kanak. | UNDANG-UNDANG | Akta |