SULTAN YAHYA PETRA | Kapsyen1"> :1"> Sultan Yahya Petra SULTAN YAHYA PETRA (1917-1979), Sultan Kelantan yang ke-11. Baginda diputerakan pada 10 Disember 1917 di Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan. Baginda adalah putera kedua kepada Sultan Ibrahim ibni Sultan Muhamad IV dengan Cik Embong Haji Laut. Baginda adalah raja pemerintah Kelantan daripada kerabat diraja keturunan Long Yunus. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PERANG BESUT | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PERANG BESUT, perang yang berlaku antara Baginda Omar, Sultan Terengganu, dengan Tengku Ali yang menjadi pemerintah Besut pada masa itu. Perang ini berlaku pada tahun 1875. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
BINGKOR | 1.0in 99.0pt">BINGKOR, pusat pentadbiran peribumi dan merupakan lembaga tempatan pertama yang diperkenalkan oleh Pemerintah Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Borneo Utara (Sabah) pada tahun 1936. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
FAJAR ASIA | FAJAR ASIA, majalah dwimingguan untuk memajukan kebudayaan dan kesenian. Majalah ini diterbitkan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Sumatera. Majalah ini diterbitkan dengan restu pihak Sumatera. Majalah ini diterbitkan dengan restu pihak pemerintah Jepun di Singapura oleh Pejabat Pembangunan Melayu Baru (Sinsei Malai Kensetsu Sha) yang beralamat di 101 Jalan Sultan, Syonan-to (Singapura) dan dicetak oleh al-Aahmadiah Press 25 Januari 1943 dan berakhir pada 10 April 1944. Majalah ini mengandungi jumlah halaman yang tidak tetap, menggunakan huruf Rumi dan dipimpin oleh Zainal Abidin Ahmad, bekas pengarang majalah Panji Islam yang diterbitkan di Medan. Setakat yang diketahui majalah ini hanya sempat terbit sebanyak 19 keluaran, iaitu Th. 1 (Bil. 1-16) 1943 -1944, Th. 2 (Bil. 1-3) 1944. | SASTERA | Penerbitan |
NATIVE SCHOOL | NATIVE SCHOOL, sekolah latihan bagi anak-anak ketua anak negeri di Sabah. Sekolah ini ditubuhkan pada 1 Julai 1915. Tujuan sekolah vernakular pemerintah Syarikat Berpiagam Borneo Utara yang pertama di Sabah ini ditubuhkan adalah untuk memberi pendidikan peringkat rendah, khusus kepada anak-anak ketua anak negeri yang bakal menjadi pentadbir dan penghubung antara pentadbir Syarikat Berpiagam Borneo Utara dengan peribumi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
CIK SITI WAN KEMBANG | CIK SITI WAN KEMBANG (1580-1677), pemerintah negeri bernama ‘Negeri Serendah Sekebun Bunga Cerang Tagayong’ dengan gelaran Seri Maharaja Puteri. Mengikut sejarah tempatan, Cik Siti Wan Kembang ialah puteri kepada Raja Ahmad, Yang Dipertua Kelantan dengan isterinya yang bernama Cik Banun, anak bongsu kepada Nara Diraja, seorang pembesar Kelantan. Semasa Cik Siti Wan Kembang berusia lebih kurang empat tahun, Raja Ahmad mangkat. Baginda digantikan oleh Raja Hussin dari Johor dengan gelaran Sultan Hussin. Raja Hussin ialah satu-satunya putera kepada Raja Umar, iaitu Sultan Johor yang bergelar Sultan ‘Ala Jalla Abdul Jalil II yang memerintah Johor dari tahun 1570 hingga tahun 1597. Sultan Hussin memerintah Kelantan selama 26 tahun, dari tahun 1584 hingga tahun 1610. Cik Siti Wan Kembang yang masih kecil itu diasuh oleh Sultan Hussin sebagai puteri angkat baginda. Apabila Sultan Hussin mangkat pada tahun 1610, Cik Siti Wan Kembang, ketika itu berusia lebih kurang 30 tahun, ditabal sebagai Raja Pemerintah Kelantan. Cik Siti Wan Kembang dikatakan bersemayam di Gunung Besar yang kemudian dinamai Gunung Cintawangsa yang sekarang ini terletak di sempadan Kelantan-Terengganu. Baginda tidak bersuami. Di bawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang negeri Kelantan bertambah maju dan terkenal sehingga ramailah pedagang termasuk yang datang dari luar negeri seperti dari negeri China, India dan Arab berniaga di Kelantan. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
DATO' MUDA LINGGI | DATO’ MUDA LINGGI, jawatan yang diwujudkan oleh orang dari Pulau Riau yang merantau ke Sungai Ujong, Negeri Sembilan. Jawatan ini juga dikenal sebagai Dato’ Sitiawan atau Orang Kaya Luak Linggi. Ketua pemerintah Sungai Ujong, Dato’ Kelana Leha (1780-1800) mengarahkan mereka membuka perkampungan di tepi Sungai Linggi bersebelahan Sungai Ujong pada tahun 1783, dan mereka diketuai oleh Dato’ Awaluddin. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
DATO' SERI AGAR DIRAJA | DATO’ SERI AGAR DIRAJA, salah satu gelaran Orang Besar dalam kerajaan Melayu. Gelaran ini pernah disandang oleh Tun Mahmud yang menjadi pemerintah Selangor pada masa Kesultanan Melaka. Dalam huraian tentang Dato’ Seri Agar Diraja ini, rujukan khusus kepada negeri Perak. Dalam Kesultanan Perak, Dato’ Seri Agar Diraja ialah gelaran bagi Orang Besar Delapan. Penyandang gelaran ini lebih dikenal dengan panggilan Dato’ Sagor. Isterinya digelar Tuk Puan, manakala pembantunya dikenal dengan gelaran Paduka Raja. Pada tahun 1860-an, gelaran Dato’ Seri Agar Diraja disandang oleh Ngah Kamdin. Dia diberi kuasa oleh Sultan Perak menguruskan pentadbiran di kawasan tebing Sungai Perak, iaitu di antara Kampung Gajah dengan Pulau Tiga. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |