PEMERINTAHAN TENTERA | | UMUM | |
PEMERINTAHAN DIKTATOR | | UMUM | |
PEMERINTAHAN BERAJA | | UMUM | |
SASTERA SUFI | SASTERA SUFI, hasil sastera yang mengandungi unsur sufi. Sejarah awal sastera sufi bermula pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Umaiyyah (660 M – 750 M). Dasar pemerintahan kerajaan ini yang mengamalkan pemerintahan kuku besi dan mementingkan kebendaan menyebabkan segelintir golongan agama yang warak mula mengingatkan semula pentingnya kehidupan kerohanian dan menjauhkan diri daripada kehidupan politik dan kebendaan. Mereka kemudiannya membentuk satu aliran kerohanian yang dikenal sebagai sufi.
| SASTERA | Konsep |
TIRANI | Tirani ialah istilah yang digunakan dalam sejarah untuk menggambarkan corak pemerintahan oleh seorang pemerintah yang mempunyai kuasa mutlak. Pada zaman Yunani purba, tirani bermaksud pemerintahan mutlak oleh seorang pemerintah. Kebanyakan tirani Yunani adalah pemerintahan yang baik dan bertanggungjawab. Istilah tirani boleh juga digunakan untuk merujuk kepada kerajaan yang diperintah oleh pemerintah mutlak yang mendapat kuasa melalui kekerasan tentera atau muslihat politik. Pemerintah seperti ini tidak akan mendapat sokongan majoriti rakyat dan perlu menggunakan kekerasan untuk mengekalkan kekuasaan. Satu lagi maksud tirani ialah kerajaan yang menggambarkan seorang atau sekumpulan orang yang memerintah dengan kejam, menindas, atau tidak adil. | UMUM | |
PERANG MANSURAH | Perang Mansurah , peperangan antara orang Islam Mesir, di bawah pemerintahan al-Malik al- Salih dengan orang Perancis, di bawah pemerintahan Raja Louis IX, pemimpin tentera Perang Salib ke-8 di Mesir. Peperangan ini berlaku pada tahun 648 H./1250 M. Antara punca tercetusnya peperangan ini ialah kerajaan Latin yang diasaskan oleh Tentera Salib di Baitulmaqdis hanya dapat bertahan selama lebih 88 tahun selepas dikalahkan oleh Salah al-Din al-Ayyubi. Oleh sebab itu, tentera Kristian berpatah balik ke kubu pertahanan mereka semula dan semenjak itu mereka menanti peluang untuk memecahkan kekuatan tentera Islam Mesir di bawah kerajaan Ayyubiyyah yang telah menghancurkan harapan dan impian mereka selama ini. | UMUM | |
KERAJAAN NEGERI SEMBILAN | KERAJAAN NEGERI SEMBILAN, institusi pemerintahan Negeri Sembilan. Rajanya memakai gelaran Yang Dipertuan Besar. Keturunan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan hari ini daripada Raja Lenggang yang memerintah Negeri Sembilan (1808-1824). Walau bagaimanapun, sebelum baginda, sudah ada beberapa orang raja yang memerintah Negeri Sembilan, misalnya, Raja Kasah, Raja Adil, Raja Melewar dan Raja Hitam. Mengikut sumber yang ada, Raja Kasah dan Raja Adil diturunkan dari takhta kerajaan kerana gagal memerintah dan memajukan adat sebagaimana dikehendaki Dato' yang menjemput mereka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
SYARIKAT HINDIA TIMUR BELANDA | Syarikat Hindia Timur Belanda merupakan syarikat perniagaan yang berkuasa yang membantu menubuhkan pemerintahan Belanda di Indonesia. Pada tahun 1602, kerajaan Belanda memberikan syarikat ini taraf monopoli dalam perdagangan antara Asia dengan Belanda. Syarikat ini juga memperoleh kuasa yang luas dalam aspek pemerintahan dan ketenteraan, termasuklah hak untuk memerintah dan melakukan peperangan di Asia. | UMUM | |
PERTEMPURAN STANDARD | Pertempuran Standard berlaku semasa pemerintahan anarki yang diikuti dengan kemangkatan Henry I dari England. | UMUM | |
KHALIFAH | Khalifah ialah sistem pemerintahan dalam Islam. Al-Mawardi mendefinisikan khalifah sebagai pengganti nabi dalam mengutuskan hal-hal keagamaan dan keduniaan. | UMUM | |