PEMIKIR BEBAS-AGAMA | | UMUM | |
MALIK IBN NABI | Malik ibn Nabi (1323 H.–1393 H./1905 M.–1973 M.) ialah pemikir Algeria yang terkenal. Dia merupakan salah seorang pemikir Islam yang mengemukakan pandangan mereka untuk membangunkan negara Islam berpandukan ajaran al-Qur’an supaya bebas daripada perselisihan faham dan taklid semata-mata. Malik ibn Nabi seorang yang amat mementingkan masa yang dianggap sebagai laluan utama sejarah kemasyarakatan. | UMUM | |
SIDDIQIY, MUHAMMAD NAJATULLAH | Siddiqiy, Muhammad Najatullah (1350 H.– / 1931 M.– ), pemikir Islam dari Arab Saudi. Dia lahir di bandar Kurakubur, India. Dia ialah tokoh penting yang membina fahaman ekonomi Islam moden. Dia mendapat pendidikan rendah, menengah dan sains di Sekolah Islamiyyah Universiti Allahabad yang terletak di Kurakubur, kemudian mendaftar di Ma‘had Thanawiy li al-Dirasat al-Islamiyyah. Di situ dia belajar dengan mendalam ilmu tafsir, hadith, fiqh dan bahasa Arab selama lima tahun. Dia menamatkan pengajiannya di ma‘had tersebut pada tahun 1955. Kemudian dia menuntut di Universiti Islam Aligarh sehingga berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda pada tahun 1958 dan memperoleh Ijazah Sarjana pada tahun 1960, serta Ijazah Kedoktoran dalam bidang ekonomi pada tahun 1966. Seterusnya dia bertugas sebagai pensyarah di Universiti Islam Aligarh, dan dilantik sebagai Profesor Madya pada tahun 1975. | UMUM | |
BUSTANIY, BATRAS AL- | Bustaniy, Batras al- (1234–1300 H./1819–1883 M.) ialah pemikir dan penyelidik Lubnan. Beliau ialah seorang tokoh kebangkitan kebudayaan Arab pada abad ke-19. | UMUM | |
AHMAD AMIN | Ahmad Amin (1303 H.–1374 H./1886 M.–1954 M.), sasterawan dan pemikir Mesir. Nama penuhnya ialah Ahmad Amin ibn Ibrahim. | UMUM | |
MUHAMMAD RASHID RIDA | Muhammad Rashid Rida (1282 H.–1354 H./ 1865 M.–1935 M.), tokoh modenisasi dan pemikir Islam di Mesir dan dunia Arab. Nama penuhnya ialah Muhammad Rashid ibn ‘Ali Rida Shams al-Din ibn Muhammad Baha’ al-Din. Muhammad Rashid Rida ialah penulis yang mahir dalam bidang hadith, sastera, sejarah dan tafsir. Dia lahir di kampung al-Qalamun berdekatan Tarablus, di Syam dan merupakan anak murid kepada Husayn al-Jasar, penulis kitab al-Risalah al-Hamidiyyah. Muhammad Rashid Rida menerima ijazah pada tahun 1897 dan terpengaruh dengan aliran pemikiran Jamalaluddin al-Afghaniy serta Muhammad ‘Abduh dalam penulisannya melalui majalah al’Urwah al-Wuthqa. | UMUM | |
KIERKEGAARD, SØREN AABYE | Kierkegaard, Søren Aabye (1813–1855), ahli falsafah dan pemikir agama Denmark yang diakui sebagai salah seorang daripada pengasas fahaman eksistenstialisme. | UMUM | |
ABU HAYYAN AL-TAWHIDIY | Abu Hayyan al-Tawhidiy (310 H.– 414 H./922 M.– 1023 M.), salah seorang sasterawan dan pemikir yang paling terkenal pada abad ke-4 H. Nama penuhnya ialah ‘Ali ibn Muhammad ibn ‘Abbas. Yaqut al-Hamawiy menyifatkannya sebagai ahli falsafah dan sasterawan. Namun demikian, dia diabaikan dan seolah-olah tidak dikenali oleh ahli sejarah zamannya. Sikap tidak mahu mengenalinya ini berterusan sehingga Yaqut menulis mu‘jam atau ensiklopedianya yang masyhur itu. Dalam mu‘jam tersebut Yaqut menceritakan tentang Abu Hayyan al- Tawhidiy, dan menyatakan tentang kehairanannya tentang sebab orang yang terdahulu tidak mengendahkan seorang tokoh penulis yang begitu penting seperti Abu Hayyan al-Tawhidiy. Yaqut menulis tentang Abu Hayyan al-Tawhidiy berdasarkan bahan-bahan yang ditulis oleh Abu Hayyan al-Tawhidiy sendiri tentang dirinya sebagaimana yang tercatat dalam karya-karyanya. | UMUM | |
MAIMONIDES, MOSES | Maimonides, Moses (1135–1204), ahli falsafah Yahudi yang paling penting pada Zaman Pertengahan. Maimonides mencuba menunjukkan keserasian falsafah yang diajarkan oleh pemikir Yunani purba, Aristotle, dengan tradisi Yahudi. | UMUM | |
MACHIAVELLI, NICCOLO | Machiavelli, NiccolÒ (1469-1527), negarawan Itali dan pemikir politik Zaman Renaissance. | FALSAFAH | Tokoh |