PEMILIKAN KERAJAAN | | UMUM | |
STOK DAN SAHAM | Stok dan saham merupakan hak pemilikan di dalam syarikat liabiliti terhad. Setiap syarikat mempunyai satu stok yang dibahagi kepada beberapa saham. Saham mungkin dipegang oleh orang perseorangan atau syarikat lain. Pemegang saham melaburkan wang dalam sebuah syarikat dan mendapat sebahagian hak pemilikan syarikat dan berkongsi keuntungannya sebagai pulangan. Istilah stok juga digunakan untuk merujuk kepada perjanjian jangka panjang dalam membuat pinjaman kepada kerajaan atau sesuatu syarikat besar, yang tidak melibatkan hak milik. | UMUM | |
SISTEM SEIGNEUR | Sistem seigneur, juga dieja seignior, ialah satu kaedah pemilikan tanah secara tradisi di Perancis. Sistem ini telah digunakan di tanah jajahan Perancis di bahagian timur Kanada pada awal tahun 1600-an dan berterusan selama kira-kira 250 tahun. Sistem ini bertujuan untuk memperkukuhkan perkembangan budaya Perancis di Kanada. | UMUM | |
HAK MILIK | Hak milik ialah istilah undang-undang yang biasanya digunakan untuk menerangkan pemilikan harta benda | UMUM | |
PLAT BUKU | Plat buku ialah label yang dicetak atau diukir dan dilekatkan pada buku sebagai tanda pemilikan. Ia biasanya dibuat dengan kertas, tetapi kadang- kadang velum (kulit haiwan yang disamak dan berkualiti tinggi), kulit dan bahan lain digunakan. Plat buku yang paling baik diukir melalui proses mekanis. Label yang sederhana dicetak nama pemilik dan alamat yang menjadikan plat buku lebih memuaskan, dan tidak mahal. | UMUM | |
EMAS | Emas ialah unsur logam dengan simbol kimianya Au. Emas ialah salah satu logam yang pertama dikenali manusia. Pemilikan logam kuning terang yang menarik ini menjadi simbol kekayaan sejak beribu-ribu tahun dahulu. | UMUM | |
LIBERALISME | Liberalisme ialah falsafah politik dan ekonomi yang menekankan kebebasan, kesamarataan dan peluang. Sebaliknya, falsafah yang dikenali sebagai konservatisme menekankan peraturan, tradisi, dan pemilikan harta benda persendirian. Orang yang berfahaman liberal pada amnya menyokong perubahan sosial yang lebih cepat berbanding dengan mereka yang berfahaman konservatif. Tetapi liberalisme merupakan istilah yang mengelirukan kerana makna dan penekanannya banyak berubah mengikut peredaran masa. | UMUM | |
PERJANJIAN WAITANGI | Perjanjian Waitangi ialah perjanjian yang dibuat di antara orang Maori New Zealand dengan kerajaan British pada tahun 1840. Menurut perjanjian ini, New Zealand menjadi jajahan British. Orang Maori menyerahkan semua hak dan kuasa kedaulatan tanah mereka kepada Ratu Victoria. Mereka juga bersetuju untuk menjual tanah hanya kepada ratu, melalui wakil- wakil baginda. Sebaliknya, kerajaan British mengesahkan dan memberi jaminan kepada orang Maori tentang pemilikan sepenuhnya terhadap keseluruhan tanah, kampung, hutan dan kawasan perikanan selagi mereka ingin menjadikannya sebagai pemilikan mereka. Jaminan itu meliputi semua pemilikan, sama ada secara berkumpulan atau individu. Ratu bertanggungjawab untuk melindungi orang Maori dan memberikan hak sebagai rakyat British kepada mereka. | UMUM | |
RESIT | Resit ialah pernyataan bertulis tentang pembayaran yang dilakukan oleh seseorang kepada seseorang yang lain. Resit juga adalah pernyataan bertulis yang menjelaskan barang-barang atau harta yang dipindahkan daripada pemilikan atau tanggungan seseorang kepada seseorang yang lain. Resit ialah bukti bahawa sesuatu urus niaga telah dijalankan. Ada tiga jenis resit, iaitu resit penuh, resit sebahagian (apabila sebahagian daripada jumlah penuh dijelaskan), dan resit untuk akaun tertentu . | UMUM | |
PERLUCUTHAKAN | Perlucuthakan ialah hukuman atau denda menurut undang-undang terhadap seseorang yang didapati bersalah atas perbuatan salah laku atau terhadap seseorang yang melanggar kontrak atau syarat. Ia akan kehilangan beberapa hak atau pemilikan. | UMUM | |