ANGGOTA BANGSAWAN UNITED KINGDOM | Anggota Bangsawan United Kingdom ialah lelaki atau wanita yang mempunyai taraf bangsawan, seperti taraf earl atau baron. Taraf bangsawan tersebut memberikan pemiliknya hak untuk dikenali sebagai “Lord” atau “Lady” dan bukan “Mr.” atau “Mrs.”, gelaran yang digunakan oleh rakyat biasa . | UMUM | |
PERLUMBAAN MERPATI | Perlumbaan merpati ialah sejenis sukan yang menguji kelajuan burung merpati rumah terbang untuk sampai ke rumahnya ketika dilepaskan pada satu jarak yang ditetapkan. Merpati rumah ialah burung yang dilatih khusus untuk kembali semula ke petak sarang pemiliknya yang disebut para . Merpati yang mengambil bahagian berlumba terbang pada jarak yang telah digredkan antara 100 hingga 1600 kilometer. | UMUM | |
AIREDALE TERRIER | Airedale Terrier ialah baka anjing terrier yang besar. Beratnya 23 kilogram hingga 27 kilogram apabila dewasa. Badannya berbulu keras berwarna hitam atau putih di belakangnya dan warna perang di bahagian badannya yang lain. Anjing ini dinamakan sempena nama Lembah Aire di utara England. Baka ini telah dibiakkan di England kira-kira pada tahun 1880-an. Satu daripada leluhurnya ialah anjing perburuan memerang. Airedale ialah anjing yang berani, yang terkenal sebagai anjing pengawal, dan penyayang terhadap pemiliknya. Ia juga pandai berenang. | UMUM | |
WARTA MALAYA | WARTA MALAYA, akhbar harian bertulisan Jawi sebelum Perang Dunia Kedua. Akhbar ini mula diterbitkan pada 1 Januari 1930. Pada peringkat awal, akhbar ini diterbitkan oleh Anglo-Asiatic Press, di North Bridge Road, Singapura. Mulai 1 Januari 1934, syarikat ini menukar namanya kepada Warta Malaya Press Limited dan pemiliknya masih tetap Syed Hussein Ali al-Sagoff, seorang hartawan berketurunan Arab. Semasa pendudukan Jepun, penerbitan akhbar ini telah diambil alih oleh Jepun dan diterbitkan dalam tulisan Rumi. | SASTERA | Penerbitan |