Sinar gama ialah satu bentuk sinaran elektromagnet yang sama dengan sinar-x. Sinar gama mempunyai tenaga yang lebih tinggi dan jarak gelombang yang lebih pendek daripada sinar-x. Walau bagaimanapun, garis pemisah antara kedua-dua bentuk sinaran ini tidak tertakrif dengan jelas. Ahli sains biasanya menggunakan istilah sinar gama bagi sinaran elektromagnet yang mempunyai tenaga beberapa ratus ribu elektronvolt. Satu elektronvolt ialah amaun tenaga yang diperlukan untuk menggerakkan elektron di antara dua titik beza keupayaan 1 volt (lihat Volt). |