Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mo.dal] | ڤمودل

Definisi : orang yg memberi modal, penanam modal: kebanyakan rumah haram di sekitar Kuala Lumpur, dibina oleh kaum ~ yg se-mata-mata mencari keuntungan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mo.dal] | ڤمودل

Definisi : orang (pihak dll) yg memberikan modal; kapitalis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
modal (kata nama)
Bersinonim dengan wang ringgit, harta benda, sumber, dana, biaya, aset, tabungan, simpanan stok, syer, saham;,
Kata Terbitan : pemodal,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAJLIS UNDANGAN BORNEO UTARA

MAJLIS UNDANGAN BORNEO UTARA, badan perwakilan golongan pemodal Eropah dan Asia semasa pentadbiran British. Majlis ini dibentuk pada tahun 1912 bagi menggantikan Majlis Penasihat (1883–1909), yang bertujuan membantu pentadbiran kerajaan. Ahli majlis ini seramai tujuh orang ahli rasmi dan empat orang ahli tidak rasmi yang dilantik oleh gabenor. Ahli tidak rasmi mewakili para peladang di Pantai Barat dan Pantai Timur, para peniaga Eropah, serta para peladang Cina. Pada mulanya peribumi serta orang Asia selain orang Cina diwakili oleh orang Cina. Keadaan ini kurang disenangi, lalu majlis diletakkan di bawah penyeliaan gabenor serta ahli rasmi majlis.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas