Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.pro.sés] | ڤمڤروسيس

Definisi : 1. alat (kilang dll) yg memproses sesuatu: penggunaan komputer sbg ~ perkataan; ~ makanan; 2. (Komp) perkakasan atau perisian yg mempunyai kemam­puan mengolah data bagi mencapai sesuatu hasil: penggunaan komputer sbg ~ kata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.pro.sés] | ڤمڤروسيس

Definisi : 1 alat, kilang dsb yg memproses sesuatu: ~ makanan. 2 ist perkakasan atau perisian yg mempunyai kemampuan mengolah data bagi mencapai sesuatu hasil: Penggunaan komputer sbg ~ kata. ~ imej ist pemproses dlm sistem komputer yg digunakan utk memproses imej (bentuk grafik). ~ kata ist atur cara atau program komputer utk tujuan menulis, mengedit, menyimpan dsb teks, dan seterusnya mencetak teks tsb. ~ kembar ist sistem komputer yg mempunyai dua pemproses yg membolehkan sesuatu atur cara dijalankan dgn lebih pantas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
proses (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan operasi, perjalanan, tindakan, pergerakan, perkembangan;,
Kata Terbitan : memproses, pemprosesan, pemproses,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIRAP JAGUNG

Sirap jagung ialah cecair yang pekat, manis

yang dibuat daripada tepung jagung. Pemproses

makanan menggunakannya untuk memaniskan

makanan berbakar, gula-gula, buah dalam tin, dan

banyak makanan yang lain. Sirap jagung

menjadikan tekstur krim dan gula-gula licin. Ia

juga menarik dan membendung lembapan, dan

dengan itu ia membantu mencegah makanan

berbakar daripada menjadi keras.

UMUM 
MAKANAN SEJUK BEKUMakanan sejuk beku. Penyejukbekuan ialah

satu daripada cara yang terbaik untuk mengawet

makanan. Syarikat pemproses makanan

menyejukbekukan makanan seperti makanan

panggang, jus oren, daging, piza, sayur-sayuran

dan makanan pramasak lengkap. Ramai orang

menyejukbekukan makanan di rumah.

Penyejukbekuan mengawet makanan dengan

mencegah pertumbuhan mikrob yang merosakkan

makanan dan dengan melambatkan tindak balas

kimia perosak makanan. Semua makanan sejuk

beku hendaklah disimpan pada suhu –18°C atau di

bawah suhu ini.

UMUM 
SISKEP

SISKEP, sistem penterjemahan berbantukan komputer.  Sistem ini dibina oleh Projek Terjemahan Berkomputer di Universiti Sains Malaysia (USM).  SISKEP ialah akronim daripada Sistem Kerja bagi Penterjemah.  Sistem berkomputer ini membantu penterjemah dengan menyediakan sebuah pemproses kata, kamus ekabahasa, kamus dwibahasa, kamus istilah dan tesaurus.

BAHASASistem

Kembali ke atas