Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mui.si] | ڤمويسي

Definisi : orang yg mencipta (mengarang, me­nulis atau mendeklamasikan) puisi, penyajak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mui.si] | ڤمويسي

Definisi : orang yg mencipta, mengarang, menulis atau mendeklamasikan puisi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
puisi (kata nama)
Bersinonim dengan sajak, bait, balada, haiku, syair, pantun, gurindam, seloka, satira, lirik, madah, kelong, talibun, tembang, kakawin;,
Kata Terbitan : berpuisi, pemuisi,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GRUP PEMUISI UKM

GRUP PEMUISI UKM, perkumpulan penyair Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Grup Pemuisi UKM (GPUKM) ditubuhkan pada 17 Disember 1977 di bawah Sekretariat Penerangan dan Penerbitan Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.

SASTERAInstitusi/Organisasi
DICKINSON, EMILY

Dickinson, Emily (1830–1886) ialah

pemuisi wanita Amerika. Dickinson

dan Walt Whitman dianggap dua orang

pemuisi yang berbakat dalam kesusasteraan

Amerika.

UMUM 
RONSARD, PIERRE DE

Ronsard, Pierre de (1524–1585), yang sering

dikenali sebagai Putera Pemuisi, mengetuai satu

kumpulan pemuisi Perancis yang berpengaruh, yang

dikenali sebagai Pleiade .

UMUM 
DAY-LEWIS, CECIL

Day-Lewis, Cecil (1904–1972) ialah pemuisi dan

novelis Inggeris kelahiran Ireland. Pada tahun

1968, Ratu Elizabeth II melantik Day-Lewis sebagai

laureate pemuisi di England.

UMUM 
SLESSOR, KENNETH

Slessor, Kenneth (1901–1971) ialah salah

seorang daripada pemuisi moden Australia yang

terpenting. Dia terkenal kerana membawa

kemodenan ke dalam puisi Australia selepas

tempoh semangat kenegaraan yang kuat. Dia tidak

mengambil peduli tentang subjek tradisi awal

Australia yang terdiri daripada pengiring,

pengembara di darat, dan watak-watak lain. Dia

tidak mengambil berat tentang landskap Australia.

Tema yang kerap dipilih oleh Slessor ialah laut dan

puisi laut yang ditulisnya memperkenalkan aliran

baru dalam puisi Australia. Falsafahnya lebih

moden dan bersifat universal berbanding pemuisi

Australia yang lebih awal.

UMUM 
QUASIMODO, SALVATORE

Quasimodo, Salvatore (1901–1968), pemuisi

Itali yang telah menerima Hadiah Nobel untuk

kesusasteraan pada tahun 1959.

UMUM 
DAWE, BRUCE

Dawe, Bruce (1930– ), pemuisi Australia,

yang menulis beberapa buku puisi daripada No Fixed

Address (1962) hingga Towards Sunrise: Poems

1979–1986 (1986).

UMUM 
RIMBAUD, ARTHUR

Rimbaud, Arthur (1854–1891) ialah pemuisi

Perancis. Dia menulis puisi utamanya semasa lima

tahun yang penuh gelora iaitu ketika berumur

antara 15 tahun hingga 20 tahun. Puisi pertama

yang menjadikan dia terkenal, ialah ‘Le Bateau ivre’

(“The Drunken Boat”, 1871). Dengan memerhati

sebuah bot mainan di dalam sebuah kolam di

taman, Rimbaud menggunakan daya khayalannya

dengan menggambarkan bot itu mengharung

lautan yang luas terbentang dengan pemandangan

yang mempesonakan.

UMUM 
STEVENS, WALLACE

Stevens, Wallace (1879–1955) ialah pemuisi

Amerika. Dia menggambarkan manusia sebagai

makhluk yang hanya hidup di dunia tanpa harapan

untuk dihidupkan semula. Menurut pandangan

Steven, manusia setiap kali menghadapi alam yang

kelihatan tidak berbeza, ketentuan kematian

mereka sendiri, dan kesedaran mereka tentang

akhlak dan fizikal di sekeliling mereka. Manusia

diselamatkan daripada situasi magik yang

berpotensi dengan menggunakan imaginasi.

Imaginasi boleh memberi makna kepada

kekeliruan realiti. Imaginasi juga boleh menemui

keindahan dalam alam yang tidak berbeza

pemikiran tentang kematian dengan berasa takjub

kerana masih hidup. Stevens meneroka kebaikan

hidup yang berimaginasi dalam puisinya yang agak

mudah seperti “Sunday Morning” dan “The

Emperor of Ice Cream”, dan dalam puisi-puisi yang

lebih panjang, lebih kompleks seperti “The Man

with the Blue Guitar” dan “Esthétique du Mal”.

UMUM 
SOUTHEY, ROBERT

Southey, Robert (1774–1843) ialah pemuisi

(laureate) United Kingdom dari tahun 1813

sehingga kematiannya. Dia dikenang terutamanya

kerana beberapa balada, antaranya “Battle of

Blenheim” (1798), dan juga kerana

perhubungannya dengan William Wordsworth

dan Samuel Taylor Coleridge.

UMUM 
1234

Kembali ke atas