PEMULA | | UMUM | |
SUSU MENTEGA | Susu mentega ialah cecair putih yang tinggal selepas krim digodak untuk dibuat mentega. Susu mentega asli manis dibuat daripada krim segar yang telah disejukkan dan digodak. Susu mentega asli masam dibuat daripada krim yang telah dimasamkan dengan menambah bakteria penghasil asid laktik, yang dinamakan pemula. Susu mentega asli tidak tahan disimpan sebagai minuman segar. Tetapi susu mentega asli manis kadangkala dikeringkan menjadi serbuk dan digunakan secara komersial dalam memasak, membakar dan membuat aiskrim. | UMUM | |
SUMAN HS | SUMAN Hs (1904- ), penulis Indonesia. Dia lahir di Bengkalis, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Suman Hasibuan. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Melayu di Bengkalis (1912-1918) dan Sekolah Normal di Medan dan Langsa hingga tamat pada tahun 1923. Suman Hs merupakan salah seorang penulis Indonesia sejak zaman sebelum perang dan dikenal sebagai penulis cerita yang bercorak detektif. Suman Hs lazim dianggap sebagai salah seorang pemula cerpen dalam kesusasteraan Indonesia moden. | SASTERA | Tokoh |
PUISI BAHARU MELAYU | PUISI BAHARU MELAYU, antologi puisi. Antologi yang memuatkan 37 buah puisi ini hasil karya 20 orang penyair. Puisi Baharu Melayu diterbitkan pertama kali oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1959. Antologi ini memuatkan puisi moden yang ditulis sekitar tahun 1935 hingga tahun 1941. Puisi baharu Melayu bermula pada tahun 1934 apabila Majalah Guru yang diterbitkan pada bulan Mac 1934, menyiarkan lima buah puisi moden karya Pungguk, dengan judul “Keloh-Kesah”, “Selalu Merayu”, ‘Ta’ Disangka2”, “Pujokan Hati” dan “Ibu-ku”. Dengan ini, Pungguk dianggap sebagai pengasas atau pemula puisi Melayu moden di Malaysia. | SASTERA | Karya |