Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mu.li.ha.ra.an] | ڤموليهاراءن

Definisi : perihal (proses, usaha, per­buatan, dsb) memulihara (sesuatu): kini usaha sedang dipergiat utk memelihara serta memulihkan kesuburan tanah agar dapat digunakan selama-lamanya, iaitu usaha yg dikenali sbg ~ tanah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mu.li.ha.ra.an] | ڤموليهاراءن

Definisi : hal atau perbuatan memulihara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemuliharaan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR UMUM 
PEMULIHARAAN UMUM 
MAJLIS PEMULIHARAAN ALAM

Majlis Pemuliharaan Alam ialah badan yang

dilantik oleh kerajaan untuk bertanggungjawab

terhadap semua aspek pemuliharaan alam di

United Kingdom. Pada tahun 1990, badan ini

dibubarkan menjadi tiga organisasi yang berbeza.

Organisasi itu ialah Countryside Council for

Wales, English Nature, dan Scottish Heritage.

Jawatankuasa Gabungan Pemuliharaan Alam

menyelaraskan kegiatan ketiga-tiga organisasi

wilayah ini. Di bawah Akta Kawalan Alam Sekitar

tahun 1990, kumpulan ini menandakan simpanan

alam negara, menentukan tempat-tempat yang

mempunyai kepentingan saintifik, dan

bertanggungjawab kepada penentuan simpanan

alam laut.

UMUM 
AUDUBON SOCIETY, NATIONAL

Audubon Society, National di Amerika

Syarikat adalah salah satu pertubuhan

pemuliharaan negara yang tertua dan terbesar di

dunia. Ia ditubuhkan pada tahun 1905 dan

dinamakan sempena nama pelukis burung dan ahli

alamiah Amerika John James Audubon.

UMUM 
MUIR, JOHN

Muir, John (1838–1914), penjelajah Amerika, ahli

alamiah, dan penulis, berkempen bagi

pemuliharaan tanah, air dan hutan di Amerika

Syarikat. Usahanya mempengaruhi Kongres untuk

meluluskan rang draf undang-undang Taman

Negara Yosemite pada tahun 1890, menubuhkan

Taman Negara Yosemite dan Sequoia. Muir

membantu memujuk Presiden Theodore Roosevelt

untuk menyediakan kawasan seluas 59 900 000

hektar untuk hutan simpan. Hutan redwood dekat

San Francisco dinamakan Muir Woods pada tahun

1908 sebagai menghargai jasanya.

UMUM 
SOLERI, PAOLO

Soleri, Paolo (1919– ), arkitek dan perancang

bandar kelahiran Itali. Dia terkenal dengan teori

pemuliharaan alam sekitar. Soleri yakin bahawa

untuk memulihara sumber alam, bandar haruslah

dibina di atas paras tegak.

UMUM 
JIMMY LIM

Jimmy Lim (1944–   ), arkitek dan pengasas Badan Warisan Malaysia. Beliau menitikberatkan gabungan reka bentuk seni bina tropika dengan pemuliharaan alam sekitar.

KEJURUTERAANTokoh
ADAMS, ANSEL

Adams, Ansel (1902–1984) ialah jurugambar

Amerika yang terkenal kerana gambar yang

dramatik tentang bahagian barat Amerika Syarikat.

Dia mengambil gambar landskap yang luas yang

termasuk gunung-ganang, hutan, dan sungai.

Minatnya untuk memelihara alam semula jadi

mendorongnya menjadi aktif dalam gerakan

pemuliharaan alam sekitar.

UMUM 
ANUGERAH TOKOH SASTERA WARISAN

Anugerah Tokoh Sastera Warisan, anugerah yang diberikan bagi menghargai sumbangan tokoh yang terlibat dalam perkembangan dan pemuliharaan khazanah sastera warisan Melayu.

SASTERAAnugerah/Hadiah
RUPERT, ANTON

Rupert, Anton (1916- ), ahli perniagaan dan

ahli pemuliharaan Afrika Selatan yang membina

Rembrandt Group di peringkat multinasional.

UMUMUmum
12

Kembali ke atas