Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mu.ngut] | ڤموڠوت

Definisi : 1. orang yg memungut: ~ derma; ~ sampah; ~ zakat; 2. orang yg mengetuai jabatan memungut hasil dll: ~ hasil tanah; ~ hasil setem. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mu.ngut] | ڤموڠوت

Definisi : orang yg memungut: ~ zakat; ~ hasil tanah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemungut


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RIDLEY, JOHN

Ridley, John (1806–1887) ialah pereka mesin

pemungut yang mengurangkan kos penuaian dan

merevolusikan industri gandum di Australia.

Dengan menggunakan mesin ini, peladang dapat

memungut gandum sehingga lima hektar sehari.

UMUM 
ABDUL KADIR YUSOF, TAN SRI

Abdul Kadir Yusof, Tan Sri (1918–1992), Peguam Negara (1964–1969). Abdul Kadir dilahirkan pada 10 September 1918 di Muar, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Muar dan seterusnya melanjutkan pelajaran selama 5 tahun di Raffles College, Singapura. Sebelum meneruskan pengajian di Lincoln’s Inn, England dalam jurusan undang-undang, beliau berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Negeri Johor, Majistret dan Pemungut Hasil Tanah, Pejabat Tanah.

UNDANG-UNDANGTokoh
AZIZ SATAR

AZIZ SATAR (1930 -     ), pelakon, pelawak, penyanyi, pengarah dan penerbit filem. Dia lahir pada bulan Januari 1930 di Pekalongan, Surabaya, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Abdul Azez bin Satta. Dia mengikuti ayah dan ibunya berhijrah ke Singapura pada tahun 1934 semasa berumur empat tahun. Aziz bersekolah di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura hingga tamat Darjah Lima tetapi persekolahannya terhalang kerana meletusnya Perang Dunia Kedua. Dia pernah bekerja sebagai kedi golf, pemungut bola tenis, pemandu dan pelbagai kerja buruh sebelum memasuki dunia lakonan dan perfileman.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas