| MOORE, GERALD | Moore, Gerald (1899–1987) ialah pemain piano British yang mencapai kemasyhuran melalui kemahirannya sebagai pemuzik iringan. Muzik iringannya kepada penyanyi dan pemain violin dikagumi di seluruh dunia. Moore lahir di Watford, Hertfordshire, England. Dia menulis mengenai seni pemuzik iringan dalam The  Unashamed Accompanist  (1943) dan Singer and  Accompanist  (1953). Autobiografinya diterbitkan dalam dua jilid: Am I Too Loud? (1962) dan  Farewell Recital  (1978). Dia juga menulis  Furthermore: Interlude in an Accompanist’s Life  (1983).  | UMUM |   | 
			
				| ORKESTRA | Orkestra ialah kumpulan pemuzik yang bermain pelbagai alat muzik bersama-sama. Sesetengah orkestra Afrika dan Asia mengandungi alatan genderang, seperti dram, gong, dan zilofon. Tetapi di kebanyakan negara Barat, kumpulan muzik dianggap sebagai orkestra hanya jika ia memasukkan biola atau alatan bertali yang lain. Orkestra berbeza daripada kumpulan muzik yang mengandungi sebahagian besarnya oleh alat tiupan dan alat genderang.  | UMUM |   | 
			
				| CHOO HOEY |  Choo Hoey (1934– ), pemuzik Cina yang terkenal  sebagai Maestro, menubuhkan Orkestra Simfoni  Singapura pada tahun 1979. | UMUM | Umum | 
			
				| MASTERSINGER | Mastersinger ialah kumpulan pemuzik puisi  Jerman yang menganggap seni kesusasteraan  sebagai satu kemahiran atau pekerjaan.   | UMUM |   | 
			
				| MARLEY, BOB | Marley, Bob (1945–1981), pemuzik Jamaica,  penyanyi dan penggubah muzik reggae. Sebagai  seorang ahli pegangan keagamaan Rastafari,  Marley menjadi wira gerakan kesedaran orang  kulit hitam.  | UMUM |   | 
			
				| KRUPA, GENE | Krupa, Gene ( 1909–1973) ialah pemuzik jaz pertama  yang mempopularkan dram sebagai alat muzik  solo.   | UMUM |   | 
			
				| SCHWEITZER, ALBERT | Schweitzer, Albert (1875–1965) ialah ahli falsafah, doktor, pemuzik, paderi, mubaligh, dan penulis agama yang pintar. Pencapaiannya dalam salah satu bidang ini dapat dianggap sebagai menyamai pencapaian sepenuh masa mana-mana tokoh.  | UMUM |   | 
			
				| P. RAMLEE | P. Ramlee (1929–1973), penyanyi, penggubah lagu,  pemuzik, pelakon, penulis skrip dan pengarah filem  teragung di Malaysia. Dia lahir pada 22 Mac 1929 di  Pulau Pinang dan meninggal dunia pada 29 Mei 1973  di Kuala Lumpur. Nama sebenar P. Ramlee ialah  Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh. Ayahnya, Teuku  Nyak Puteh Nyak Karim, berasal dari Lhoksemauwe,  Aceh. Ibunya Che Mah Husin berasal dari Kubang  Buaya, Seberang Prai, Pulau Pinang.  | UMUM |   | 
			
				| MINSTREL | Minstrel ialah istilah yang digunakan dengan meluas untuk merujuk kepada penghibur profesional yang terkenal di Eropah semasa Zaman Pertengahan. Minstrel terdiri terutamanya daripada penyanyi dan pemuzik, tetapi terdapat juga penglipur lara, penjugel, badut, dan ahli akrobat. Penghibur kembara ini dikenali dengan pelbagai nama di pelbagai negara. Mereka dikenali sebagai  troubadour  dan jongleur di Perancis, minnesinger di Jerman, skald di Scandinavia dan bard di Ireland. Penyanyi kembara Inggeris yang awal dinamakan  scop  . Nama minstrel kemudiannya digunakan untuk penyair-pemuzik England.  | UMUM |   | 
			
				| NEEL, LOUIS BOYD | Neel, Louis Boyd (1905–1981), pengasas dan memimpin Boyd Neel Orchestra, iaitu salah sebuah orkestra bertali yang utama di Eropah. Neel menubuhkan orkestra ini pada tahun 1932. Para pemuzik mengagumi interpretasi lagu Bach dan Handel yang dihasilkan oleh orkestranya. Neel juga memimpin beberapa orkestra utama Britain. Dari tahun 1953 hingga tahun 1971, dia menjadi Dekan Royal Conservatory of Music di Toronto, Kanada. Dia lahir di London.  | UMUM |   |