Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.na.ba.lan] | ڤنابلن

Definisi : perihal menabalkan, penobatan: diperintahkanlah sekalian menteri dan rak­yat menyediakan pancapersada dan ber­bagai-bagai lagi persiapan utk istiadat ~ itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.ba.lan] | ڤنابلن

Definisi : perbuatan menabalkan; penobatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tabal (kata nama)
Bersinonim dengan nobat, tabuh, beduk;,
Kata Terbitan : menabalkan, penabalan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENAJIS

PENAJIS, tempat penabalan Yang Dipertuan Besar Seri Menanti hingga tahun 1830.  Penajis adalah sebuah kampung dalam daerah Rembau.  Penajis juga nama sebatang sungai mengambil sempena nama kampung tersebut .  Pada masa dahulu, Penajis dikenal dengan nama Kampung Penajuh.  Sejarah Melayu ada menyebut Sungai Penajuh semasa menggambarkan keagungan kerajaan Melayu Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1488-1511).  Nama ini selari dengan cerita lisan tempatan yang menyatakan bahawa kampung tersebut telah dibuka oleh  Datuk Najuh.  Makamnya terletak di tebing Sungai Penajis berhampiran  dengan balai raya Kampung Bandar Penajis sekarang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
KESULTANAN SELANGOR

KESULTANAN SELANGOR, institusi kerajaan Selangor. Raja yang memakai gelaran Sultan Selangor yang pertama ialah Raja Lumu. Penabalan dan pengiktirafan gelaran ini berlaku pada tahun 1766.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan

Kembali ke atas