Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.na.ha.nan] | ڤناهنن

Definisi : 1. perbuatan menahan (menang­kis), penangkisan; 2. perbuatan menahan (mengekang), pengekangan: ~ hawa nafsu; 3. perbuatan (tindakan) menahan (per­mohonan dll); 4. perbuatan (tindakan) mena­han orang (drpd memasuki sesuatu kawasan dsb); 5. perbuatan (tindakan) menahan (mengu­rung, memenjarakan, dsb utk semen­tara sahaja), pemenjaraan, pengurungan: ~ mereka dianggap tidak sah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.ha.nan] | ڤناهنن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) menahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahan (adjektif)
1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, teguh, tegap, stabil,

2. Bersinonim dengan tabah: cekal, sabar, betah, kental, ulet,

3. Bersinonim dengan cukup: pada, sampai, genap,

Kata Terbitan : bertahan, menahan, mempertahankan, tertahan, tertahan-tahan, tahanan, ketahanan, pertahanan, penahanan, penahan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENAHANAN UMUM 
GABUNGAN MELAYU PATANI RAYA

GABUNGAN MELAYU PATANI RAYA, pertubuhan politik Patani yang pertama ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu bagi memperjuangkan kemerdekaan empat wilayah di selatan Siam daripada belenggu pemerintahan Siam. Gabungan Melayu Patani Raya (GEMPAR) ditubuhkan pada 8 Februari 1948, di Kota Bharu, Kelantan. Cadangan penubuhannya dikemukakan oleh Tengku Mahmud Mahyideen sebagai reaksi kepada penahanan Tuan Guru Haji Sulong oleh pihak berkuasa Siam pada 16 Januari 1948.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas