Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nai/] | ڤناءيق

Definisi : ; bahan ~ bahan yg digunakan utk menaikkan adunan kuih (spt serbuk penaik dsb); ~ darah orang yg lekas marah, pemarah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nai/] | ڤناءيق

Definisi : ;serbuk ~ serbuk yg digunakan utk menaikkan adunan kuih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penaik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENAIK UMUM 
SERBUK PENAIK

Serbuk penaik ialah serbuk putih yang

digunakan untuk menjadikan kek dan biskut naik .

Tukang masak menambahkannya kepada adunan

tepung sebelum membakarnya. Bahan kimia dalam

serbuk penaik bertindak balas dengan udara dan

cecair (biasanya air atau susu) untuk membentuk

gas karbon dioksida. Gelembung karbon dioksida

terperangkap dalam adunan tepung. Gelembung

ini mengembang apabila ia dipanaskan dan

menjadikan adunan naik.

UMUM 
SODA BIKARBONAT

Soda bikarbonat (NaHCO3), juga dikenali

sebagai serbuk penaik atau natrium bikarbonat

ialah pengalkali perut dan melegakan kerengsaan

kulit. Soda bikarbonat adalah sumber karbon

dioksida dalam serbuk penaik dan sesetengah

pemadam api.

Lihat juga Serbuk penaik.

UMUM 
TEPUNG JAGUNG

Tepung jagung ialah tepung halus putih yang

dibuat dengan mengisar dan menapis butir jagung.

Ia dibuat daripada jagung yang telah dibuang

bahagian yang mengeluarkan biji benih yang

dinamakan germa . Jagung dikisar dalam proses

yang dikenali sebagai kisaran basah. Selepas

dibuang protein jagung, tepung jagung yang

tertinggal dikeringkan dalam ketuhar. Oleh kerana

hanya 10 peratus lembapan yang masih ada dalam

tepung jagung selepas dikeringkan, tepung jagung

biasanya dicampurkan dengan makanan lain untuk

melindunginya daripada lembapan. Pembuat

menggunakan tepung jagung dalam keluaran

berbakar, serbuk penaik, gula-gula dan kuah salad.

Tukang masak menggunakannya untuk

memekatkan kuah dan puding. Pembuat juga

menggunakan tepung jagung dalam bahan

letupan, cat, dan tekstil. Lihat juga Jagung (Industri

pengilangan basah).

UMUM 

Kembali ke atas