Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.na.ja] | ڤناجا

Definisi : 1. orang yg menaja, orang yg mem­pelopori sesuatu: beliau ialah salah seorang drpd ~ parti tersebut; 2. syarikat dsb yg menaja sesuatu rancangan radio atau televisyen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.ja] | ڤناجا

Definisi : orang yg menaja (mempelo­pori atau membiayai) sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taja
Kata Terbitan : menaja, tajaan, penajaan, penaja,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENAJA JAMINAN UMUM 
PERADUAN MENGARANG CERPEN

PERADUAN MENGARANG CERPEN, peraduan menulis genre cerpen. Peraduan mengarang cerpen bermula pada tahun 1949 apabila Jawatankuasa Khutub-khanah UMNO, Johor Bahru menganjurkan peraduan ini. Pemenang utama pertama ialah Wan Cik Abdullah dengan cerpen “Cinta Terbelai”, pemenang utama kedua ialah Siti Aishah Perak dengan cerpen “Pembalasannya” dan pemenang ketiga utama ialah Jamil Sulong dengan cerpen “Kalau Dah Cinta”. Peraduan mengarang cerpen ini mendapat perhatian yang menggalakkan daripada penaja, penganjur dan pengarang sepanjang dekad 1950-an. Fenomena ini berterusan hingga ke dekad 1990-an, walaupun ada kalanya penaja dan penganjur menggunakan istilah ’sayembara’ penulisan cerpen.

SASTERAKonsep
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA, universiti antarabangsa yang pertama di Malaysia.  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditubuhkan pada 10 Mei 1983, setelah kerajaan Malaysia mendapat persetujuan beberapa kerajaan negeri Islam serta Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) untuk menjadi penaja bersama.  Negeri-negeri itu ialah Republik Maldives, Republik Rakyat Bangladesh, Republik Islam Pakistan, Republik Islam Turki, Jamahiriyah Sosialis Rakyat Libya, Kerajaan Arab Saudi dan Republik Arab Mesir.  Walau bagaimanapun, UIAM dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas