Seni bina Norman ialah adaptasi kedaerahan daripada seni bina Romanesque. Ia berasal dari Normandy di barat laut Perancis. Gaya ini mencapai kemuncaknya di England pada akhir tahun 1000-an, selepas penaklukan Norman pada tahun 1066, dan pada tahun 1100-an. Seni bina Norman terkenal kerana cirinya yang sangat besar, pembinaan siling kekubah enam bahagian, dan penggunaan corak hiasan berukir Celtik dan Carolingian. Contoh seni bina Norman termasuk Gereja St. Étienne dan La Trinité di Caen, Perancis, dan Katedral Ely dan Durham di England. Lihat juga Seni bina (gambar: Seni bina Romanesque) |