Perikatan Suci ialah satu perjanjian yang
ditandatangani di Paris pada bulan September
1815 selepas kejatuhan Napoleon. Tsar Alexander
I Rusia telah mengasaskan Perikatan ini. Dua
orang penandatangan pertama ialah Francis I,
Maharaja Austria dan Raja Frederick William III
dari Prussia. Kesemua raja-raja lain di Eropah
kecuali Paus, Raja Great Britain dan Sultan Turki
menandatangani perikatan itu.
Adams, Samuel (1722–1803) ialah patriot dan
ahli politik Amerika yang mencetuskan tentangan
terhadap pemerintahan British di tanah jajahan
Amerika Utara. Walau bagaimanapun, Adams mencuba
menjadikan rakyat berusaha menuntut hak mereka
secara aman melalui jawatankuasa dan mesyuarat
lain. Dia sanggup menjustifikasi tentangan secara
keganasan terhadap Great Britain hanya jika segala
usaha lain gagal. Adams ialah penandatangan
Perisytiharan Kemerdekaan.
Thanks for clicking. That felt good.