Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penang


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENANG FREE SCHOOL

PENANG FREE SCHOOL, sekolah Inggeris pertama di Tanah Melayu.  Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1816, di Love Lane, oleh R.S. Hutchings.  Penubuhan Penang Free School mendorong pentadbir British menubuhkan sekolah Inggeris yang lain di Negeri-Negeri Selat.  Pada tahun 1826, Malacca Free School ditubuhkan, diikuti oleh Singapore Free School (1834).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
WATANIAHWATANIAH, pasukan sukarela.  Wataniah kini dikenal sebagai Askar Wataniah.  Pasukan ini telah wujud di Tanah Melayu sejak  tahun 1861 iaitu  dengan tertubuhnya Pasukan Penang Volunteers di Pulau Pinang.  Pasukan ke-2 Penang Volunteers ditubuhkan pada 29 Jun 1899. Di Melaka, Malacca Company Singapore Volunteer Corps ditubuhkan pada 25 Oktober 1901.  Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pula menubuhkan Malay States Volunteers Rifles (MSVR) pada tahun 1902. Sultan Ibrahim, Johor mengambil inisiatif  menubuhkan Johore Volunteers Forces bagi orang Melayu pada tahun 1905.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MOHD. NOOR MOHAMED, DATUKMOHD.  NOOR MOHAMED, Datuk (1901-1990), guru dan pemimpin masyarakat. Dia lahir pada 20 Disember 1901 di Kampung Baru, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Selepas lulus peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1918, Mohd. Nor bertugas sebagai guru pelatih di Penang Free School pada tahun 1919. Seterusnya dia bertugas di sekolah sama dari tahun 1923 hingga tahun 1949. Dia kemudian dilantik sebagai nazir sekolah Melayu di Pulau Pinang dan Seberang Perai hingga tahun 1952. Dia kembali bertugas di Penang Free School sebagai guru kanan mata pelajaran Bahasa Melayu sehingga bersara pada tahun 1961.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PETRI MELAYUPETRI Melayu, majalah bulanan khusus untuk kaum wanita. Majalah ini pertama kali diterbitkan pada bulan Jun 1947. pengusaha majalah ini ialah Yahya Ariff. Majalah ini diterbitkan di Kuala Kangsar, Perak dan dicetak oleh Penang and Straits Company, Pulau Pinang.SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
NOORDIN HASSAN, DATUK

Noordin Hassan, Datuk (1929– ), penulis dan

Sasterawan Negara Malaysia yang ketujuh (1993) .

Dia lahir pada 18 Januari 1929 di Sungai Pinang,

Pulau Pinang. Dia menerima pendidikan awal di

Sekolah Melayu Perak Road , Francis Light School,

dan Sekolah Agama Masjid Rawana, Pulau Pinang.

Persekolahannya terhenti semasa pedudukan Jepun,

dan apabila British kembali memerintah Tanah

Melayu, dia menyambung kembali pelajarannya di

Penang Free School sehingga lulus Sijil

Persekolahan. Pada tahun 1951, dia melanjutkan

pelajaran dalam bidang pendidikan di Kirby College,

Liverpool, England .

UMUM 
EUSOFFEE ABDOOLCADER, TAN SRI

EUSOFFEE ABDOOLCADER, Tan Sri (1924 – 1996), hakim dan ahli perundangan. Dia lahir pad 18 September 1924 di Pulau Pinang, Eusoffee memulakan pengajianya di Penang Free School, Pulau Pinang an meneruskan pengajian  ke Raffles College, Singapura. Dia melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di University of Kyoto dan seterusnya ke University College, University of London. Dia mendapat penghormatan tertinggi sebagai pemegang Biasiswa pelajar University of London bagi bidang perundangan dari tahun 1949 hingga tahun 1950 dan mendapat ijazah Sarjana Muda Undang-undag dengan kepujian Kelas Satu. Dia adalah ahli Gray’s Inn dan seterusnya diterima sebagai peguam di United Kingdom pada 26 Januari 1950. Dia diterima sebagai peguam di Tanah Melayu pada 30 Mac 1951 dan seterusnya bertugas di Singapura pada 12 November 1969.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
NAYAN ARIFFIN, TAN SRI NAYAN ARIFFIN, Tan Sri (1934-    ) Naib Canselor yang kedua, Universiti Pertanian Malaysia (1982-1994). Dia lahir pada 3 Jun 1934 di Batu Maung, Pulau Pinang. Dia mendapat penididikan di Sekolah Melayu Batu Maung (1941-1946) dan di Sekolah Francis Light (1946-1949). Dia meneruskan pendidikan menengah di Penang Free School (1950-1953). Nayan lulus diploma daripada Kolej Pertanian Malaya, Serdang pada tahun 1957. kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Louisiana State University dalam bidang pertanian dan pendidikan pengembangan dan memperoleh ijazah Ssarjana Muda Sains Pertanian (1969) dan ijazah Sarjana Pendidikan Sains Lanjutan (1970). Dia memperoleh ijazah Doktof Falsafah dari University of Wisconsin, Madison, Amerika Syarikat pada tahun 1975.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PERSATUAN PENULIS PULAU PINANG

PERSATUAN PENULIS PULAU PINANG, persatuan penulis.  Persatuan ini dikenal sebagai 2PNP.  Persatuan ini ditubuhkan pada 18 Julai 1977 di Pejabat Akhbar Bintang Timur di Jalan Penang, Pulau Pinang.  Sebelum 2PNP ditubuhkan, 20 orang pengarang dan peminat sastera Pulau Pinang telah mengadakan pertemuan.  Hasil daripada pertemuan tersebut, mereka bersetuju menubuhkan Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang dengan Ahmad Abd. Hamid telah dilantik sebagai ketua Satu dan Zainal A. sebagai Setiausaha Satu.

SASTERAPersatuan
PERSATUAN MELAYU PULAU PINANG

PERSATUAN MELAYU PULAU PINANG, persatuan untuk menjaga kepentingan orang Melayu.  Persatuan yang juga dikenal sebagai PEMENANG ini ditubuhkan pada 9 Mei 1927 dengan nama asalnya Penang Malay Association.  Persatuan ini ditubuhkan untuk menjaga kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam di bawah kerajaan British.  Pada peringkat awal, persatuan ini menjalankan operasinya di pejabat Dr. Kamil Mohamad Ariff, di Lebuh Leith dan S.M. Eusoff, di Jalan Burma.  Alamat persatuan ini sekarang ialah Bangunan Persatuan Melayu Pulau Pinang, No. 117,. Jalan Macalister, 10400 Pulau Pinang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
PASUKAN SUKARELAWAN PERSEKUTUAN NEGERI-NEGERI MELAYU

PASUKAN SUKARELAWAN PERSEKUTUAN NEGERI-NEGERI MELAYU, pasukan tentera sukarelawan.  Pertumbuhan pasukan tentera sukarelawan bermula di Singapura dengan penubuhan Singapore Volunteer Corps pada tahun 1854.  Di Pulau Pinang, Penang Rifle Corps ditubuhkan pada tahun 1861 dan Malacca Company of The Singapore Volunteer Corps ditubuhkan di Melaka pada 25 Oktober 1901, di bawah perintah Kapten R.N. Bland.  Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, pasukan Malay States Volunteer Rifles (MSVR) ditubuhkan pada tahun 1902. Pasukan ini telah dilengkapi dengan dua laras Maxims Gun yang dihadiahkan oleh Dr. Loke Yew C.M.G.  Enakmen Sukarelawan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dikuatkuasakan pada tahun 1913, sekali gus menggantikan Enakmen 1910.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
12

Kembali ke atas