SALMON | Salmon adalah satu daripada ikan makanan dan ikan buruan yang paling penting. Setiap tahun manusia di seluruh dunia memakan berjuta-juta tin salmon samar atau salmon merah. Penangkap ikan buruan juga menangkap berjuta-juta salmon setiap tahun. | UMUM | |
JURAGAN | JURAGAN, ketua sesebuah bot atau kapal penangkap ikan. Juragan juga disebut sebagai nakhoda, kapten, kapitan atau taikong. Juragan bertanggungjawab mengendalikan kapal atau bot sewaktu berada di laut. Seseorang juragan bertanggungjawab atas keselamatan kapal dan anak kapal, selain menentukan perjalanan kapal dan pengurusan di atas kapal mengikut matlamat atau jadual sebagaimana yang telah ditetapkan. | BUDAYA | Tokoh |
TANJUNG PAGAR | TANJUNG PAGAR, sebuah kawasan strategik di bahagian selatan Singapura, berdekatan dengan Kepulauan Riau. Nama Tanjung Pagar telah dikenali sejak zaman dahulu. Dalam Sejarah Melayu iaitu semasa pemerintahan Seri Maharaja (1375-1388), ada dicatatkan mengenai peristiwa Singapura dilanggar todak. Kejadian itu menjadi bencana kepada rakyat Singapura sehinggalah seorang budak bijak mencadangkan penggunaan batang pisang menggantikan betis manusia, bagi membentengi serangan todak. Benteng pisang yang merupakan `pagar’ ini memberi nama kawasan `Tanjung Pagar’. Tanjung Pagar juga mungkin mendapat namanya sempena adanya kelong (pagar penangkap ikan) pertama yang didirikan dari daerah perairan sekitarnya sehinggalah daerah Tanjung Malang. Pelabuhan di Tanjung Pagar juga telah dirakamkan oleh pencatat-pencatat dari negeri China dan Portugas semenjak abad ke-14 lagi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |