PENANGKAPAN | | UMUM | |
KELONG | Kelong suatu kaedah penangkapan ikan di laut. Ia terdiri daripada barisan pancang yang dibina menghadap arus laut dalam bentuk menirus seperti huruf V, dengan kepungan empat persegi di hujungnya yang merupakan kawasan perangkap ikan. Kelong dibina di kawasan yang tidak begitu jauh dari pantai untuk mengelakkan gelombang atau ombak besar yang memungkinkan pancang patah atau tercabut. | UMUM | |
TEBING BESAR | Tebing Besar ialah salah sebuah kawasan penangkapan ikan yang terkaya di dunia. Kawasan ini meliputi kira-kira 360 000 kilometer persegi di luar pantai tenggara wilayah Newfoundland, Kanada. Kebanyakan ikan yang ditangkap ialah kod, tetapi terdapat juga ikan flounder, hadok, halibut, hering , dan redfish . Tebing Besar mendapat namanya kerana menjadi sebahagian daripada sistem penara dalam air yang dikenali sebagai bank (tebing) dalam bahasa Inggeris. | UMUM | |
PERAIRAN MILIK NEGARA | Perairan milik negara ialah kawasan perairan laut yang hak-hak berdaulat adalah dipunyai oleh sesebuah negara. Hak-hak ini termasuk kawalan terhadap penangkapan ikan, pelayaran, perkapalan dan juga penggunaan sumber laut semula jadi. | UMUM | |
JURUSELAM | JURUSELAM, ketua dan pakar dalam sesebuah unit penangkapan ikan di laut secara berkelompok. Di pantai barat, dan bagi sesetengah bot besar yang menggunakan pukat jerut dan pukat tunda di pantai timur, perkataan ‘taikong’ digunakan sebagai ganti pada panggilan ‘juruselam’. Ini bermakna perkataan ‘juruselam’ umumnya digunakan untuk unit penangkapan ikan yang menggunakan alatan tradisi, manakala ‘taikong’ sebagai seorang ketua adalah untuk unit penangkapan ikan yang menggunakan alat moden. | BUDAYA | Tokoh |
ALAT PERIKANAN LAUT | ALAT PERIKANAN LAUT, alat-alat yang digunakan untuk menangkap ikan di laut. Alat perikanan laut mengalami perkembangan pesat hasil daripada peningkatan teknologi dalam penangkapan ikan. | BUDAYA | Konsep |
PERIKANAN | Perikanan ialah kawasan yang membekalkan banyak ikan untuk tujuan komersial. Perikanan pedalaman termasuk tasik, sungai dan penternakan ikan. Kebanyakan tangkapan ikan di dunia datang daripada perikanan laut. Spesies kod, ikan sebelah, hering, sardin dan tuna menyumbang kepada sebahagian besar sumber perikanan dunia yang terpenting di dunia. Banyak negara mengamalkan pengurusan perikanan untuk memulihara ikan. Terdapat peraturan yang mengehadkan saiz dan amaun ikan yang boleh ditangkap, dan juga musim penangkapan ikan. | UMUM | |
SEMENANJUNG KAMCHATKA | Semenanjung Kamchatka menganjur ke arah selatan dari timur Siberia, Rusia, di antara Laut Bering dengan Laut Okhotsk. Untuk lokasi, lihat Rusia (peta muka bumi). Luas semenanjung ini kirakira 350 000 kilometer persegi dengan penduduk kira-kira 422 000 orang. Di sepanjang semenanjung ini terdapat banjaran gunung berapi. Semenanjung ini dilitupi oleh hutan tebal. Perikanan dan perburuan merupakan industri utamanya. Kawasan ini membekalkan kulit beruang, sabel, musang, memerang, otter, dan singa laut. Anak sungainya mengandungi banyak ikan salmon. Di pantai baratnya terdapat beberapa kawasan penangkapan ketam yang utama. | UMUM | |
UTIMUTIRAJA | UTIMUTIRAJA ( ? -1511), saudagar keturunan Jawa dan menjadi penghulu masyarakat Melaka keturunan Jawa di kawasan Upeh. Dia juga dikenal sebagai Timuturaja. Seorang yang bersikap oportunis, dia telah berbaik-baik dengan orang Portugis yang telah ditahan di Melaka kerana didapati mengintip kekuatan tentera dan pertahanan Melaka. Malah seorang daripada wanita Jawa di kawasannya, telah bercinta dengan salah seorang pengintip Portugis itu. Apabila mereka ditangkap dan dipenjarakan, wanita Jawa tersebut telah berenang ke kapal Lopez de Squiera, ketua orang Portugis itu, dan memberitahunya tentang peristiwa itu. Tindakan itu telah membolehkan de Squiera dan beberapa orang pengikutnya melarikan kapalnya dan belayar ke Goa (India) untuk memberitahu Alfonso de Albuquerque tentang peristiwa penangkapan tersebut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |