Membru ialah proses yang digunakan untuk membuat sesetengah minuman alkohol, terutamanya bir. Ramuan utama yang digunakan untuk membuat bir yang biasa ialah barli, hop, ragi, dan air. Kadang-kadang bijian yang lain juga digunakan. Semua pembuat bir menggunakan proses asas yang sama, iaitu mempelbagaikan ramuan atau masa membru dan suhu untuk memperoleh beberapa jenis bir. Enam langkah pertama ialah: (1) membuat malt, (2) melecek, (3) merebus, (4) penapaian, (5) pematangan, (6) proses akhir. |