PENAPISAN | | UMUM | |
LEMBAGA PENAPISAN FILEM NEGARA | LEMBAGA PENAPISAN FILEM NEGARA, badan yang menapis dan meluluskan filem dan pita video. | BUDAYA | Institusi/Organisasi |
TELURIUM | Telurium ialah unsur kimia dengan simbol Te. Ia adalah separa logam. Telurium tulen biasanya didapati sebagai keluaran sampingan dalam penapisan tembaga. Secara semula jadi, unsur ini paling sering wujud berpadu dengan logam seperti tembaga, emas, plumbum, raksa, dan perak. Telurium adalah penting dalam pembuatan aloi tertentu dan dalam penyelidikan separa pengalir. Ia berfungsi sebagai agen perawatan bagi getah dan sebagai mangkin dalam penapisan petroleum. Ia juga digunakan untuk mewarnakan kaca dan seramik. Nombor atom telurium ialah 52, dan berat atomnya ialah 127.60. Telurium dalam bentuk hablur melebur pada 449.8 o C dan mendidih pada 989.9 o C. Telurium ditemui pada tahun 1782 oleh ahli kimia Austria, Franz Müller von Reichenstein. | UMUM | |
KOK PETROLEUM | Kok petroleum ialah keluaran berguna yang didapati daripada penapisan minyak mentah. | UMUM | |
ETANA | Etana ialah gas perindustrian yang penting. Ia diperoleh secara langsung daripada gas asli atau melalui penapisan petroleum. Kegunaannya yang paling penting adalah dalam penyediaan etilena. | UMUM | |
SARAGOSSA | Saragossa , (pend. 596 080), juga dieja Zaragoza, ialah pusat perindustrian dan perdagangan di timur laut Sepanyol. Bandar ini mempunyai kegiatan kerja logam, penapisan gula, industri kimia dan kilang pembuatan barangan elektrik, mesin pertanian, dan perabot. Untuk lokasi Saragossa, lihat Sepanyol (peta politik). | UMUM | |
PONTA DELGADA | Ponta Delgada (pend. 21 813) ialah bandar dan pelabuhan utama Azores Portugis. Kawah gunung berapi, taman, dan tasiknya membuatkan Ponta Delgada menarik. Industri penapisan gula bit merupakan industri yang terpenting di kota ini. Ponta Delgada terletak di Pulau São Miguel. Lihat juga Azores. | UMUM | |
NAFTA | Nafta ialah mana-mana cecair yang hanya terdiri daripada atom hidrogen dan karbon yang mendidih di bawah 200°C. Nafta yang diperoleh semasa penapisan petroleum dicampurkan untuk membuat petrol. Sesetengah jenis nafta digunakan untuk melarutkan getah dan untuk mencairkan cat dan varnis. Yang lain digunakan sebagai bahan pembersih dan sebagai bahan dalam pembuatan gas artifisial. Nafta boleh dihasilkan apabila tar batu arang, iaitu bahan melekit yang dibuat daripada batu arang lembut disuling. Nafta tar batu arang digunakan sebagai bahan pelarut dan dalam pembuatan rebin sintetik (artifisial). Nafta tulen mudah meletup apabila terdedah kepada api. | UMUM | |
NEFRITIS | Nefritis , asalnya dikenali sebagai penyakit Bright, adalah nama umum bagi beberapa penyakit radang buah pinggang. Glomerulonefritis ialah penyakit yang selalunya dikenali sebagai nefritis. Ia melibatkan radang glomeruli (unit penapisan) buah pinggang. Keradangan biasanya mengurangkan jumlah air kencing yang dihasilkan oleh buah pinggang, menyebabkan bahan pembuangan yang biasanya dibuang di dalam air kencing, berkumpul di dalam badan. Glomerulonefritis yang teruk atau berterusan boleh menyebabkan kerosakan yang serius atau berkekalan pada buah pinggang. | UMUM | |
TABIR BESI | Tabir Besi, adalah suatu frasa yang dipopularkan oleh Sir Winston Churchill pada tahun 1940-an. Frasa ini merujuk kepada dasar pemencilan Kesatuan Soviet selepas Perang Dunia II. Kesatuan Soviet mengenakan sekatan perdagangan dan penapisan yang tegar sehingga menyekat negara tersebut dan negara “satelit” Eropah Timurnya daripada dunia luar. | UMUM | |