MAJLIS PENASIHAT KETUA-KETUA ANAK NEGERI | MAJLIS PENASIHAT KETUA-KETUA ANAK NEGERI, majlis penasihat hal ehwal peribumi. Majlis ini ditubuhkan di bawah Akta Undang-undang Pentadbiran Kampung 1913 oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara pada tahun 1915. Majlis ini dianggotai oleh gabenor sebagai presiden, setiausaha kerajaan, residen-residen dan pegawai-pegawai daerah sebagai penasihat, dan ketua-ketua anak negeri yang mewakili daerah masing-masing. Majlis ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kecekapan para ketua anak negeri menjalankan tanggungjawab mereka, iaitu mengenal pasti masalah peribumi kesan daripada kesan daripada sistem pentadbiran British, dan juga sebagai wakil untuk menjalankan dasar kerajaan kepada peribumi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
ZUCKERMAN, LORD | Zuckerman, Lord (1904–1993) ialah ketua penasihat sains kerajaan United Kingdom dari tahun 1964 hingga tahun 1971. Tugas utamanya ialah menasihati setiausaha luar tentang perlucutan senjata dari sudut sains. Pada masa yang sama, dia bertindak sebagai ketua penasihat sains kepada setiausaha negara bagi pertahanan. | UMUM | |
PEGUAM NEGARA | Penasihat undang-undang kerajaan. | UNDANG-UNDANG | Jawatan/Gelaran |
KABINET | Kabinet ialah sekumpulan penasihat yang membantu ketua sebuah kerajaan membuat dasar dan keputusan. Ia biasanya terdiri daripada para pegawai yang menyelia kerja eksekutif atau pentadbiran kerajaan. | UMUM | |
AMINUDDIN BAKI | Aminuddin Baki (1926–1965), Ketua Penasihat Pelajaran. Dia terlibat dalam perkembangan pelajaran di Tanah Melayu sejak tahun 1951. Dia pernah dilantik sebagai salah seorang ahli Committee on Malay Education, Federation of Malaya. Jawatankuasa ini telah dipengerusikan oleh L. J. Barnes dari Oxford University. Dia juga pernah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pelajaran yang dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak Hussein, Menteri Pelajaran pada masa itu pada tahun 1956. | UMUM | |
MENTOR | Mentor ialah seorang sahabat yang lebih tua, dan penasihat kepada Odysseus, hero kepada epik Yunani purba, Odyssey. Sebelum Odysseus (Ulysses dalam bahasa Latin) pergi bertempur dalam Perang Trojan, dia melantik Mentor sebagai penjaga anak lelakinya, Telemachus. Dengan bimbingan Mentor, dewa Athena telah menolong Telemachus mencari Odysseus. Hari ini, perkataan mentor bererti seorang kaunselor yang baik dan boleh dipercayai. | UMUM | |
MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU | Majlis Raja-raja Melayu ialah badan penasihat yang bertindak sebagai pelindung institusi raja, keistimewaan kemuliaan dan kehormatan raja-raja Melayu. Ia dianggotai oleh raja atau sultan Tanah Melayu. | UMUM | |
OXENSTIERNA, AXEL GUSTAFSSON | Oxenstierna, Axel Gustafsson (1583–1654) ialah negarawan Sweden, merupakan sahabat dan penasihat Raja Gustavus Adolphus. Kebijaksanaan Oxenstierna sebagai negarawan membantu raja itu mencapai kemenangan besar dalam peperangan. Sebagai canselor, Oxenstierna mengurus hal ehwal politik Sweden sejak tahun 1612 sehingga dia meninggal dunia. Sweden mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap Eropah pada zaman itu. | UMUM | |
MUHAMMAD ALI | Muhammad Ali (1769–1849), pemerintah Mesir dari tahun 1805 hingga tahun 1848. Dia menggunakan penasihat Perancis dan Eropah untuk membantu memodenkan Mesir dan menambahkan kekayaan dan kuasa. Di bawah pemerintahannya, kerajaan dan tentera Mesir dibentuk mengikut susunan seperti di negara-negara Eropah. Tetapi dia tidak menggalakkan demokrasi. Kuasa pemerintahan negara berada di tangannya. | UMUM | |
SEYSS-INQUART, ARTHUR VON | Seyss-Inquart, Arthur von (1892–1946) ialah pemimpin Nazi Austria yang terkenal. Sebagai penasihat kepada canselor Austria pada tahun 1930-an, Seyss-Inquart mengkhianati negaranya dan membantu Adolf Hitler merampas Austria. Apabila Austria menjadi wilayah Jerman pada tahun 1938, Seyss-Inquart dilantik menjadi gabenor. Dia memegang jawatan yang serupa di Belanda semasa Perang Dunia II (1939–1945). Selepas perang, dia telah dibicarakan dan digantung di Nuremberg, kerana dasarnya yang menindas rakyat. Dia lahir di Stannern, Bohemia. | UMUM | |