Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ca.nai] | ڤنچاناي

Definisi : 1. orang yg kerjanya mencanai (mengasah), pengasah; 2. alat utk mencanai (menggelek adunan kuih): papan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ca.nai] | ڤنچاناي

Definisi : 1 orang yg kerjanya mencanai (mengasah dll). 2 alat utk mencanai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencanai


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SPINOZA, BARUCH

Spinoza, Baruch (1632–1677) ialah ahli falsafah

Belanda. Dia juga dikenali sebagai Benedict, iaitu

nama Baruch dalam bahasa Latin. Spinoza lahir di

bandar Amsterdam. Ibubapanya berketurunan

Yahudi. Pada awalnya dia memperoleh reputasi

sebagai seorang yang berfikiran bebas dalam hal

agama dan oleh yang demikian dia disingkirkan

oleh masyarakat Yahudi daripada mazhab mereka

pada tahun 1656. Dia kemudian tinggal di beberapa

buah bandar di Belanda, menyara hidupnya dengan

bekerja sebagai pencanai kanta. Sepanjang

kerjayanya, Spinoza merupakan penyokong

fahaman liberalisme yang kuat dalam hal agama dan

politik. Dia sangat menghargai kebebasannya,

sehingga dia menolak tawaran wang persaraan

daripada Raja Louis XIV dari Perancis, dan juga

tawaran jawatan sebagai profesor universiti di

Jerman. Walaupun dia dihormati oleh ramai orang,

Spinoza merupakan seorang yang kontroversial

sebab pandangannya yang amat menyimpang

terhadap hal agama, falsafah, dan politik.

UMUM 

Kembali ke atas