EKSOBIOLOGI | Eksobiologi ialah cabang biologi yang mengkhusus dalam pencarian dan kajian tentang kehidupan di tempat lain di alam semesta. | UMUM | |
ORNITOLOGI | Ornitologi ialah kajian saintifik tentang burung. Ia termasuk pemerian, sejarah, dan pengelasan burung, taburannya, aktivitinya, kepentingan ekologinya, dan nilai ekonominya kepada manusia. Aktiviti burung yang dikaji oleh ahli ornitologi termasuk pengawanan, pengeraman, pemeliharaan anak, pencarian makanan, penerbangan, pemanduan arah, dan perhijrahan. Fotografi digunakan untuk mendokumentasi aktiviti burung, dan rakaman dibuat tentang bunyi burung. | UMUM | |
PETROLOGI | Petrologi ialah cabang ilmu geologi yang mengkaji asal usul dan komposisi batuan. Ahli petrologi menganalisis keadaan fizikal dan kimia yang terlibat dalam pembentukan tiga jenis batuan yang utama: igneus , metamorf dan enapan (lihat Batuan ). Analisis ini dapat membantu pencarian bukti tentang asal usul dan perkembangan kejadian bumi. | UMUM | |
PERSEPHONE | Persephone ialah dewi yang jelita dalam mitologi Yunani dan Romawi. Orang Yunani juga memanggilnya Kore . Orang Rom memanggilnya Proserpina . Persephone ialah anak perempuan Demeter (Ceres dalam mitologi Rom), dewi pertanian dan kesuburan. Bapa Persephone ialah Zeus (Jupiter), raja segala dewa-dewi. Sebuah mitos menceritakan pencarian Demeter selepas Persephone diculik oleh Hades (Pluto), dewa alam roh. | UMUM | |
STANLEY DAN LIVINGSTONE | Stanley dan Livingstone ialah dua orang penjelajah British yang menjadi perintis kepada dunia Barat untuk meneroka perjalanan ke benua Afrika. Henry Morton Stanley (1841–1904) pergi ke Afrika untuk mencari David Livingstone (1813–1873) pada tahun 1869. Livingstone terkenal sebagai penjelajahan ke kawasan pedalaman benua itu. Namun tiada sesiapa yang mendengar cerita tentang dirinya dalam beberapa tahun, dan oleh itu, New York Herald menghantar Stanley untuk mencarinya. Pencarian Stanley berakhir pada 10 November 1871, apabila dia bertemu Livingstone di bandar Ujiji, di Tasik Tanganyika. Stanley menyambutnya dengan perkataan yang terkenal pada masa kini: “Dr. Livingstone, I presume?” (“Dr. Livingstone saya agak?”) | UMUM | |