PENCEMARAN UDARA | | UMUM | |
ASBUT | Asbut ialah satu bentuk pencemaran udara. Istilah ini pertama kali digunakan pada tahun 1905 untuk menerangkan gabungan asap dan kabut tebal yang kadangkala menyelubungi London serta bandar raya lain di United Kingdom. Kini, asbut juga merujuk kepada keadaan yang disebabkan oleh tindakan cahaya matahari pada gas ekzos daripada kenderaan bermotor dan kilang. Asbut jenis ini kadangkala dikenal sebagai asbut fotokimia . | UMUM | |
OZON | Ozon ialah bentuk oksigen yang terdapat dalam atmosfera bumi dalam jumlah yang kecil. Ozon yang terdapat di atmosfera atas merupakan faktor utama yang membolehkan terdapatnya kehidupan di muka bumi. Tetapi ozon yang terdapat dalam atmosfera bawah menyumbang kepada pencemaran udara. Ozon digunakan secara komersial dalam proses penyulingan air dan sebagai agen peluntur. | UMUM | |