Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pén.cén] | ڤينچين

Definisi : (péncén) 1. bayaran tetap bulanan yg dibuat oleh kerajaan atau majikan kpd bekas pekerjanya yg telah bersara: Raja Yi telah diberi ~ yg agak banyak juga; 2. tidak be­kerja lagi tetapi mendapat wang sara: ia sudah terlalu tua utk menghadapi soal baharu ini, barangkali dia akan minta ~; berpencen mendapat pencen apabila bersara (berhenti kerja): jawatan ini tetap dan ~; memencenkan memberhentikan kerja dgn diberi pencen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pén.cén] | ڤينچين

Definisi : /péncén/ 1 wang yg diterima pd tiap-tiap bulan sesudah berhenti kerja (kerana telah sampai umur bersara dll): Bapa saya mendapat ~ RM1000.00 tiap-tiap bulan. 2 sudah tidak bekerja lagi tetapi mendapat wang sara pd tiap-tiap bulan: Apa rancangan saudara apabila ~ nanti? berpencen mendapat pencen apabila berhenti kerja: Jawatan ini tetap dan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencen


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENCEN UMUM 
OATES, TITUS

Oates, Titus ( 1649–1705) ialah pelampau

Protestan Inggeris. Pada tahun 1678, Oates mereka

cerita tentang rancangan orang Katolik Roman

untuk membunuh Raja Charles II dan menghancurkan

Protestanisme. Oates mengakui bahawa dia

mengetahui konspirasi yang dikenali sebagai Plot

Popish , yang dirancang, katanya, oleh sekumpulan

paderi Jesuit. Oates menjadi wira kerana

mendedahkan rancangan sedemikian, dan ramai

orang Katolik ditangkap dan sesetengahnya

dibunuh. Tetapi, pada tahun 1685, dia telah

didakwa kerana membuat sumpah bohong, dan

telah dikenakan denda serta dipenjara. William III

membebaskan Oates pada tahun 1689 dan

memberinya pencen. Oates lahir di Oakham,

England, di kaunti yang kini dikenali sebagai

Leicestershire.

UMUM 

Kembali ke atas