Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ce.ri.ta.an] | ڤنچريتاءن

Definisi : perihal menceritakan: cara ~ dan pengutaraan wataknya agak istimewa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penceritaan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MANET, EDOUARD

Manet, Edouard (1832–1883), pelukis Perancis

yang membantu memecah tradisi dengan

menggunakan perihal subjek sebagai asas kepada

kesan visual, daripada penceritaan.

UMUM 
LARAS BAHASA

LARAS BAHASA, ciri gaya penceritaan dalam bahasa baku yang digunakan untuk sesuatu jenis bidang. Ciri-ciri itulah yang membolehkan kita dapat menjangka apa yang menjadi topik utama sesuatu teks sebaik-baik kita membaca ayat pertama. Sebagai contoh, jikalau ayat pertama berbunyi ‘Alkisah, pada suatu masa di zaman dahulu....’, kita terus dapat meneka dengan tepat bahawa apa yang akan kita baca selanjutnya ialah sebuah cerita lama. Ayat seperti itu tidak digunakan untuk teks-teks lain.

      Laras ialah unsur bahasa, bukan unsur makna. Maksudnya, makna yang sama boleh diungkapkan dalam beberapa laras. Sebagai contoh, topik tentang penyakit kolera boleh diterangkan dalam laras teknikal atau laras umum tanpa mengubah makna yang asal. Satu contoh lagi ialah topik agama boleh diterangkan dengan menggunakan laras agama atau laras umum.

BAHASABahasa
BULFINCH, THOMAS

Bulfinch, Thomas (1796–1867) ialah penulis

Amerika yang menjadi terkenal kerana penceritaan

semula yang disukai ramai tentang mitos dan

legenda untuk golongan muda.

UMUM 
SI KEBAYAN

SI KEBAYAN,  drama komedi dua babak oleh Utuy Tatang Sontani.  Ia ditulis di Jakarta, Indonesia pada bulan Oktober 1959 dan diterbitkan pada tahun 1961 oleh Bahagian Penerbitan Lembaga Kebudayaan Rakyat (LEKRA), Jakarta.  Naskhah drama ini ditulis dalam bentuk cerita atau novel, sehingga gambaran pentas, perwatakan dan dialog watak dilukiskan dengan bahasa penceritaan.

SASTERADrama/Filem/Teater/Persembahan
TUK SELAMPITTUK SELAMPIT, tukang cerita atau penglipur lara di Kelantan.  Di tempat-tempat tertentu ia dikenal juga dengan panggilan raja dera, kerana kebanyakan tuk selampit gemar membawa cerita sedih tentang seorang raja yang didera.  Cerita yang disampaikan oleh tuk selampit kadangkala merupakan adunan cerita makyung dan menora.  Ada juga cerita yang dipetik daripada main peteri.  Malah penceritaan tuk selampit memperlihatkan gaya yang merupakan campuran gaya penyampaian makyung, menora, wayang kulit dan main peteri.  Hal ini tidak dapat dielak memandangkan semua seni pentas tradisi ini berasal dari kawasan yang sama dan berkembang.BUDAYAJawatan/Gelaran
EPIK MELAYU

EPIK MELAYU, cerita tentang kewiraan atau kepahlawanan tokoh utama yang istimewa bagi bangsa Melayu. Epik selaunya digubah dalam bentuk puisi naratif yang panjang dengan menitikberatkan unsur kepahlawanan tokoh utamanya yang dicampuradukkan dengan unsur mitos, legenda, dongeng, dan cerita sejarah. Epik juga biasanya dianggap penting bagi perjalanan sejarah sesuatu bangsa, bahkan epik merupakan sumber inspirasi kepada bangsa yang melahirkan epik tersebut. Dengan kata lain, tumpuan penceritaan sebuah epik adalah  kepahlwanan wiranya. Sifat dan perlakuan yang bercirikan kepahlwanan sangat diutamakan. Wira harus bersedia menghadapi cabaran untuk membuktikan kehandalannya dan masyarakat dapat pula menerima dan mengakui kepahlawanan wira tersebut sebagai yang terunggul pada zamannya.

SASTERAPenerbitan
CERITA LIPUR LARA

CERITA LIPUR LARA, sastera rakyat berbentuk cerita yang diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi lain melalui bentuk lisan. Cerita lipur lara terkenal sebelum ini sebagai cerita penglipur lara kerana cerita ini dituturkan oleh seorang tukang cerita yang dipanggil penglipur lara. Istilah ini lahir daripada tugas yang dilekatkan kepada pencerita cerita ini kerana diharapkan cerita tersebut akan menghiburkan hati yang duka lara dan menimbulkan kegembiraan. Penglipur lara juga dikenal sebagai Tuk Selampit, Awang Belanga, Tukang Kaba dan sebagainya, mengikut daerah masing-masing dan juga alat bunyian yang digunakan untuk mengiringi penceritaan.

           

SASTERAKonsep

Kembali ke atas