Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ce.ro.boh] | ڤنچروبوه

Definisi : orang (negara dll) yg mence­roboh(i). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ce.ro.boh] | ڤنچروبوه

Definisi : orang (negara dll) yg menceroboh atau mencerobohi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penceroboh


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SISTEM IMUN

Sistem imun ialah sekumpulan sel, molekul dan

tisu yang membantu mempertahankan badan

daripada penyakit dan penceroboh berbahaya

yang lain. Sistem imun memberi perlindungan

daripada pelbagai bahan yang boleh mendatangkan

kerosakan yang mencerobohi badan. Bahan ini

termasuk organisma penyebab penyakit seperti

bakteria, kulat, parasit, dan virus. Keupayaan

badan untuk menahan penceroboh ini dikenali

sebagai keimunan.

UMUM 
SEMUT API

Semut api adalah mana-mana satu daripada

beberapa spesies semut yang menyebabkan

sengatan yang pedih dan menyakitkan. Lima

spesies semut api terdapat di tenggara Amerika

Syarikat. Satu daripadanya, semut api merah yang

diimport, adalah semut perosak yang utama.

Semut api merah yang diimport membuat busut

besar setinggi 0.6 meter. Busut ini terlalu keras

hinggakan ia boleh merosakkan jentera ladang.

Beratus-ratus ribu semut api mungkin mendiami

satu busut. Jika manusia atau haiwan mengganggu

aktiviti dalam busut, semut api berduyun-duyun

keluar menyerang penceroboh. Gigitan semut api

merah yang diimport meninggalkan benjol kecil,

bernanah, gatal, yang mudah berjangkit. Sesetengah

orang mengalami reaksi yang teruk akibat bisa

semut api – dan jarang sekali membawa maut.

UMUM 

Kembali ke atas