Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ce.ro.bo.han] | ڤنچروبوهن

Definisi : perihal (perbuatan, tindakan) menceroboh(i), pencabulan: kita mesti mempertahankan diri drpd ~ musuh; kita sering terdengar rungutan nelayan kita tentang ~ nelayan asing ke kawasan perairan negara ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ce.ro.bo.han] | ڤنچروبوهن

Definisi : perbuatan (hal dsb) menceroboh atau mencerobohi: Me­lihatkan ~ Belanda itu, Raja Haji menjadi marah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencerobohan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENCEROBOHAN UMUM 
PERANG KOREA

Perang Korea (1950–1953) ialah perang pertama

yang melibatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu (PBB) dari segi ketenteraan.

Perang Korea bermula pada 25 Jun 1950 apabila

tentera komunis Korea Utara menyerang Korea

Selatan. PBB menganggap pencerobohan itu

suatu pencabulan terhadap keamanan

antarabangsa dan menuntut agar pihak komunis

berundur dari Korea Selatan. Apabila pihak

komunis meneruskan peperangan, PBB meminta

negara-negara anggotanya supaya memberi

bantuan ketenteraan kepada Korea Selatan.

UMUM 
CAMPUR TANGAN KEMANUSIAAN

Campur tangan kemanusiaan ialah segala bentuk gangguan atau pencerobohan dalam hal ehwal sesebuah negara oleh pihak asing, lazimnya negara luar, kumpulan negara, serta organisasi antarabangsa.

UNDANG-UNDANGKonsep
TECUMSEH

Tecumseh (1768?–1813) ialah pemimpin suku

Orang Asli Amerika bahagian timur, yang

terkemuka pada akhir tahun 1700-an dan awal

tahun 1800-an. Dia berusaha menyatukan semua

suku Orang Asli Amerika menjadi satu gabungan

yang akan mempertahankan tanah Orang Asli

Amerika daripada pencerobohan orang kulit putih.

Tecumseh bermakna tembakan bintang atau

meteor.

UMUM 
ORANG KOSSAK

Orang Kossak merupakan askar yang asalnya

petani yang menetap terutamanya di kawasan

Sungai Dnepr dan Don, yang kini dikenali sebagai

Ukraine Timur dan Rusia Barat. Bermula pada

tahun 1400-an, Poland dan Rusia melatih mengatur

orang Kossak memasuki unit ketenteraan untuk

membantu menentang pencerobohan kaum Tartar.

Poland dan Rusia memberikan banyak

keistimewaan kepada orang Kossak sebagai

ganjaran perkhidmatan mereka. Orang Kossak

membentuk komuniti pemerintahan mereka

sendiri, yang diasaskan kepada prinsip demokrasi.

Perkataan Kossak dalam bahasa Turki bermaksud

orang yang merdeka .

UMUM 

Kembali ke atas