DOLBEAR, AMOS E. | Dolbear, Amos E. (1837–1910), ahli fizik dan pencipta Amerika, salah seorang yang mengaku sebagai pencipta telefon sebelum Alexander Graham Bell, pada tahun 1878, dua tahun setelah Bell menerima patennya. | UMUM | |
SARICH, RALPH | Sarich, Ralph (1938– ) ialah pencipta Australia, menyiapkan prototaip pertama dalam revolusi enjin orbitalnya pada tahun 1971. Pada tahun 1973, Broken Hill Proprietory Company Ltd. (BHP) bergabung dengan Sarich untuk menyediakan sokongan kepada peningkatan enjin. Usaha sama ini menghasilkan pembentukan syarikat Orbital Engine. | UMUM | |
MARCONI, GUGLIELMO | Marconi, Guglielmo (1874–1937) ialah pencipta dan jurutera elektrik Itali yang terkenal di peringkat antarabangsa kerana peranannya dalam memajukan telegraf wayarles, atau radio (lihat Radio). | UMUM | |
DE FOREST, LEE | De Forest, Lee (1873–1961) ialah pencipta Amerika yang mempelopori telegraf wayarles dan penyiaran radio. Dia memperoleh paten untuk lebih daripada 300 ciptaan. Dia mempatenkan tiub vakum yang dikenali sebagai triod atau audion, pada tahun 1907. Ciptaan ini dianggap sama penting dengan ciptaan radio itu sendiri (lihat Tiub vakum). | UMUM | |
MAXIM | Maxim ialah nama keluarga tiga pencipta terkenal kelahiran Amerika. | UMUM | |
MORGAN, GARRET AUGUSTUS | Morgan, Garret Augustus (1877–1963) ialah pencipta Amerika. Dia mencipta beberapa jenis alat termasuk versi topeng gas dan lampu isyarat jalan raya. | UMUM | |
SHOLES, CHRISTOPHER LATHAM | Sholes, Christopher Latham, (1819–1890) ialah pencipta dan wartawan Amerika yang membantu membangunkan mesin taip pertama yang praktikal. Sholes, Carlos Glidden, dan Samuel W. Soulé mereka bentuk mesin taip pada tahun 1867 dan mempatenkannya pada tahun 1868. Glidden dan Soulé menjual kepentingan mereka kepada Sholes dan rakan kongsi barunya, James Densmore. Mereka mula membuat mesin tersebut tetapi gagal untuk menyempurnakannya dan menjualnya. Pada tahun 1873, Sholes dan Densmore memberi kontrak kepada Remington and Sons untuk membuat mesin taip berkenaan. Sholes kemudiannya menjual sebahagian besar kepentingannya dalam mesin taip itu. Sholes lahir berhampiran Danville, Pennsylvania, Amerika Syarikat. Dia merupakan editor akhbar yang berjaya di Wisconsin dan pernah berkhidmat dalam dewan undangan negeri Wisconsin. Sholes dan Soulé kemudiannya turut mencipta mesin penomboran halaman pada tahun 1866. Lihat juga Mesin taip (Sejarah; gambar). | UMUM | |
SIEMENS | Siemens ialah nama keluarga bagi dua orang saudara lelaki pencipta dan usahawan dari Jerman. Werner von Siemens (1816–1892) membina talian telegraf di Jerman, Rusia dan negara-negara Eropah lain. Dia bersama-sama saudara lelakinya, membina landasan kereta api elektrik dan lampu elektrik, dan membantu memasang kabel telegraf laut dalam yang awal. Semasa berkhidmat di bahagian kejuruteraan tentera Prussia, Siemens mencipta dan menambahbaikkan proses penyaduran elektrik. Kemudian, dia mereka cipta dinamo yang digunakan oleh saudara lelakinya untuk mengendalikan landasan kereta api. Ernst Werner von Siemens lahir di Lenthe berhampiran Hanover, Jerman. | UMUM | |
SPERRY, ELMER AMBROSE | Sperry, Elmer Ambrose (1860–1930) ialah ahli sains, pencipta, dan pengusaha Amerika. Dia paling terkenal dalam pembuatan giroskop untuk penggunaan pelayaran (lihat Giroskop). Perusahaan Sperry termasuklah membuat lampu arka di Chicago, kereta api elektrik di Cleveland, Ohio, dan giroskop di New York City. | UMUM | |
RAMSDEN, JESSE | Ramsden, Jesse (1735–1800) ialah pembuat alat matematik British dan pencipta alat optik. | UMUM | |