Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.daf.tar] | ڤندفتر

Definisi : pegawai yg bertanggungjawab tentang (atau yg mengurus) pendaftaran, orang yg mendaftar(kan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.daf.tar] | ڤندفتر

Definisi : 1 orang yg mendaftarkan. 2 orang yg kerjanya menjaga rekod atau daftar di universiti dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendaftar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KADI

KADI, orang yang memutuskan masalah yang berkaitan dengan undang-undang syariah. Walau bagaimanapun, jika dilihat peranannya dalam masyarakat Melayu, ternyata kadi hanya bertindak sebagai hakim di mahkamah syariah dan berperanan sebagai pendaftar perkahwinan dan perceraian bagi orang Islam.

BUDAYAJawatan/Gelaran
PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

PERGERAKAN PUTERI Islam Malaysia, pertubuhan berpakaian seragam.  Pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 1970-an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM).  LKPIM dipengerusikan oleh Tunku Puan Besar Kurshiah.  PPIM merupakan salah satu pergerakan berpakaian seragam yang bergerak di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah/wilayah untuk para pelajar perempuan di sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab/Institusi dan universiti.  Ia bergerak sebagai sebuah pergerakan dalam unit kokurikulum dan aktivitinya adalah berdasarkan ajaran Islam.  Ini adalah selaras dengan falsafah PPIM yang bertujuan melahirkan puteri sebagai insan kamil.  Oleh sebab objektif pertubuhan ini dan objektif LKPIM berbeza, maka dengan nasihat pendaftar pertubuhan, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan berpakaian seragam pada 3 Disember 1988 dengan perlembagaannya sendiri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan

Kembali ke atas