Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.daf.ta.ran] | ڤندفترن

Definisi : perihal mendaftarkan, tin­dak­an atau urusan dsb mencatatkan (merakam­kan) dlm daftar: Kesatuan Penarik-Penarik Beca sudah pun diluluskan ~nya oleh kera­jaan; pejabat ~ pejabat tempat mendaftar (utk kelahiran, kematian, dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.daf.ta.ran] | ڤندفترن

Definisi : perbuatan atau hal mendaftarkan: ~ bakal-bakal haji telah dijalankan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendaftaran


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
UNDANG-UNDANG PENDAFTARAN, PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN ORANG-ORANG ISLAM 1900

UNDANG-UNDANG PENDAFTARAN, PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN ORANG-ORANG ISLAM 1900, peruntukan mengenai nikah cerai orang Islam yang diperkenalkan bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.  Sistem pendaftaran yang tersusun dan teratur dalam hal nikah cerai yang melibatkan orang Islam di Malaysia hanya dapat dilihat dengan jelas setelah terdapatnya undang-undang yang memperuntukkan perkara berkenaan.  Hal ini dapat dikesan sekitar tahun 1885 apabila suatu sistem pendaftaran berhubung dengan perkahwinan dan perceraian orang Islam telah mula diperkenalkan melalui “Registration of Muhammadan Marriages and Divorces Enactment 1885”.  Enakmen ini kemudiannya telah dimansuhkan dan digantikan dengan “Muhammadan Marriage and Divorce Registration Enactment 1900.”

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
TANAH AWAM

Tanah awam ialah kawasan tanah terbuka yang

boleh digunakan bersama. Kini, kebanyakan orang

menggunakan tanah awam untuk rekreasi. Tetapi,

pada Zaman Pertengahan, di England, orang

menggunakan tanah awam untuk melepaskan haiwan

meragut rumput, untuk menebang pokok dan

menggali turf. Aktiviti ini dikenali sebagai hak

bersama. Tuan tanah memberi hak ini kepada

penyewa tanah di atas tanahnya, kerana tanah

penyewa sendiri hanya cukup untuk tanaman. Pada

tahun 1967, pendaftaran kesemua tanah bersama dan

pendaftaran kawasan hijau di bandar dan kampung

bermula.

UMUM 
AKTA PERUBATAN 1971

Akta Perubatan 1971, akta yang memperuntukkan pendaftaran, amalan dan peraturan tatatertib pengamal perubatan. Akta ini digubal dan berkuat kuasa pada bulan September 1971.

UNDANG-UNDANGAkta
AKTA PERTUBUHAN 1966

Akta Pertubuhan 1966, undang-undang yang mengawal selia pertubuhan atau persatuan di Malaysia yang merangkumi peruntukan berkaitan dengan penubuhan, pentadbiran, perjalanan serta pembatalan pendaftaran.

UNDANG-UNDANGAkta
AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984

Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 ialah akta yang memperuntukkan pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan taman asuhan kanak-kanak.

UNDANG-UNDANGAkta
PELITA

PELITA,  persatuan penulis.  Nama penuh PELITA ialah Persatuan Sasterawan Muda Terengganu.  PELITA ditubuhkan pada 15 April 1966 di Bangunan UMNO Kuala Terengganu dan mendapat pengesahan pendaftaran pertubuhan pada 25 Februari 1968.

SASTERAKegiatan
SABERKAS

SABERKAS, syarikat kerjasama.  SABERKAS ialah singkatan Syarikat Bekerjasama Am Saiburi.  Saibudri adalah nama lain bagi Kedah pada masa pemerintahan Siam.  SABERKAS mula bergerak secara sulit sejak akhir tahun 1945, di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu.  Perjumpaan pertama untuk menubuhkannya diadakan secara sulit di sebuah rumah, di Jalan Raja, Alor Setar.  Tuanku Abdul Rahman Putra telah dipelawa untuk memimpin syarikat ini.  Siam dan Jepun meluluskan pendaftaran syarikat ini pada 21 Julai 1945.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas