Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendapatnya

Peribahasa

Rambut sama hitam,
     hati masing-masing berlainan.

Bermaksud :

Tiap-tiap orang itu berlainan pendapatnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EPICURUS

Epicurus (342?–270 SM) ialah ahli falsafah

Yunani. Pendapatnya tentang keseronokan,

kebebasan, dan persahabatan mempunyai

pengaruh yang kuat di kawasan Yunani-Rom.

UMUM 
ADAMS, ABIGAIL SMITH

Adams, Abigail Smith (1744–1818) ialah isteri

John Adams, presiden kedua Amerika Syarikat. Dia

juga ibu kepada John Quincy Adams, presiden

keenam. Abigail Adams terkenal kerana banyak

suratnya mengandungi pendapatnya mengenai

masyarakat pada waktu itu.

UMUM 
XUNZI

Xunzi (340? SM–245? SM), juga dieja Hsun Tzu,

ialah seorang ahli falsafah Cina yang paling

dikenali kerana kepercayaannya bahawa sifat

semula jadi manusia pada dasarnya jahat. Dia

menganggap dirinya pengikut falsafah

Konfusianisme. Walau bagaimanapun,

pendapatnya tentang sifat semula jadi manusia

berbeza daripada pendapat kebanyakan pengikut

Konfusianisme.

UMUM 
RICKOVER, HYMAN GEORGE

Rickover, Hyman George (1900–1986) ialah

pegawai angkatan tentera laut Amerika, perintis

pembinaan Nautilus, kapal selam pertama yang

menggunakan kuasa nuklear. Pada tahun 1965, dia

dianugerahkan Pingat Enrico Fermi, anugerah sains

atom Amerika Syarikat yang tertinggi. Rickover

telah menghasilkan Education and Freedom (1959),

yang mengandungi pendapatnya tentang

pendidikan.

UMUM 
NABI SULAYMAN A.S.

Nabi Sulayman a.s. Nama penuh baginda ialah

Sulayman ibn Daud ‘Alaihimassalam yang berasal

dari keturunan Yahudha ibn Ya’kub ibn Ishaq. Nabi

Allah Daud a.s. mewasiatkan kekuasaan kepada Nabi

Sulayman a.s. selepas kewafatan Nabi Daud a.s. Oleh

itu, selepas Nabi Daud wafat, Nabi Sulayman

melaksanakan wasiat tersebut. Pada ketika itu Nabi

Sulayman a.s. baru berusia 13 tahun. Meskipun

usianya masih terlalu muda, Nabi Allah Sulayman

seorang yang bijaksana, cekap dalam urusan

pentadbiran dan memiliki pendapat yang bernas

untuk memutuskan sesuatu hukum. Sebagai contoh

Nabi Allah Sulayman telah memberi pendapatnya

berkenaan bercucuk tanam seperti yang diceritakan

dalam al-Qur'an. Begitu juga, dalam mengeluarkan

fatwa apabila berlaku perselisihan pendapat antara

dua orang perempuan tentang kedudukan kanak-

kanak dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam

Bukhariy dan Muslim. Nabi Allah Sulayman

membina Baitulmaqdis selepas empat tahun dilantik

sebagai raja dan pembinaannya siap dalam masa

tujuh tahun. Nabi Allah Sulayman juga telah

mendirikan benteng di sekeliling kota Baitulmaqdis.

Selepas 13 tahun pembinaan kota tersebut, Nabi

Sulayman a.s. turut mendirikan Istana Raja pula.

Bahkan Nabi Sulayman a.s. mendirikan tempat

penyembelihan binatang korban.

UMUM 

Kembali ke atas