Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.da.ra.tan] | ڤندارتن

Definisi : 1. perihal mendarat atau men­daratkan: kita tidak akan sanggup menahan ~ musuh di pantai-pantai kepulauan kita yg begitu banyak; 2. tempat mendarat atau mendaratkan: orang itu terpacak di tepi pantai, tidak jauh dr ~ perahunya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.da.ra.tan] | ڤندارتن

Definisi : 1 perbuatan mendarat atau mendaratkan: ~ askar-askar musuh telah dpt dipatahkan. 2 tempat mendaratkan perahu dll (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendaratan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAPAL PENDARATAN

Kapal pemecah ais ialah kapal yang direka

untuk belayar melalui air yang dilitupi ais.

UMUM 
SIMPSON DAN KELDAINYA

Simpson dan keldainya menjadi terkenal

kerana membantu tentera Berikat yang cedera

semasa pendaratan angkatan Anzac di Gallipoli

semasa Perang Dunia I (1914–1918).

UMUM 
BOTANY BAY

Botany Bay, tempat pendaratan orang Eropah

yang pertama di pantai timur Australia, ialah

sebuah serokan kira-kira 10 kilometer ke selatan

Sydney.

UMUM 
ANZAC

Anzac, Kor Tentera Australia dan New Zealand,

adalah angkatan tentera sukarela Australia dan New

Zealand yang bergabung. Kor ini ditubuhkan di

Mesir semasa Perang Dunia I (1914–1918). Angkatan

ini yang terdiri daripada 30 000 orang tentera

berserta dengan tentera Berikat terlibat dalam

pendaratan di Semenanjung Gallipoli pada 25 April

1915. Semasa lapan bulan yang berikutnya, tentera

Australia dan New Zealand memperoleh reputasi

kerana keberanian dan kemahiran berjuang

menentang tentera Turki di semenanjung itu.

UMUM 
SHEPARD, ALAN BARTLETT, JR.

Shepard, Alan Bartlett, Jr. (1923–1998),

menjadi orang Amerika yang pertama berada di

angkasa lepas. Pada 5 Mei, 1961, angkasawan

Shepard terbang dengan roket pada jarak 188

kilometer ke angkasa lepas dari Cape Canaveral,

Florida. Dia mendarat 15 minit kemudian, pada

jarak 486 kilometer di luar Lautan Atlantik. Pada

tahun 1971, Shepard mengetuai Apollo 14

melakukan pendaratan kali ketiga di bulan. Dia

menjadi angkasawan kelima yang mendarat di

bulan. Dia tidak dibenarkan terbang dari tahun

1963 hingga tahun 1969 kerana mengalami

gangguan pendengaran.

UMUM 
SARK

Sark (pend. 604) ialah salah sebuah Kepulauan

Channel kira-kira 110 kilometer di selatan England

dan 35 kilometer dari pantai Perancis. Sark hanya

kira-kira 4.8 kilometer panjang dan 2.4 kilometer

lebar. Sark merupakan negara berpemerintahan

sendiri yang terkecil di United Kingdom. Pulau ini

terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Sark Besar

dan Sark Kecil, yang dihubungkan oleh satu jalan

daratan kecil yang dinamakan La Coupée . Banyak

teluk dan gua pantai terdapat di pesisir pantainya.

Cenuram menegak di sekeliling pulau ini. Traktor

adalah satu-satunya kenderaan bermotor

dibenarkan di Sark. Jenis alat pengangkutan yang

paling banyak ialah basikal dan kereta kuda. Sark

merupakan kerajaan gabungan feudal dan

demokratik. Seigneur Sark ialah ketua kerajaan.

Creaux yang terletak di timur ialah bandar utama

dan tempat pendaratan. Sark boleh didatangi

dengan bot dari Jersey, yang mempunyai

perkhidmatan pengangkutan air dan udara dari

England. Semasa Perang Dunia II (1939–1945),

tentera Jerman menduduki pulau ini.

Lihat juga Kepulauan Channel.

UMUM 

Kembali ke atas