DIRI | Diri, dalam tatabahasa, ialah ciri bahasa yang menunjukkan perbezaan antara penutur, pendengar dan seseorang atau sesuatu yang diperkatakan. Jika sesuatu kata adalah bagi penutur, ia ialah diri pertama. Jika kata itu bagi pendengar, ia ialah diri kedua. Jika kata itu bagi orang atau benda lain, ia ialah diri ketiga. | UMUM | |
SENI PIDATO | Seni pidato ialah seni kemahiran bercakap. Ia juga dikenali sebagai retorik . Pemidato ialah penutur yang cuba mempengaruhi pendengar dengan ucapan yang petah. Pemidato mengikut peraturan seni berpidato. | UMUM | |
TERAPI PERTUTURAN | Terapi pertuturan ialah rawatan masalah dan gangguan pertuturan. Pakar dalam profesion terapi pertuturan berusaha untuk membantu kanak-kanak dan orang dewasa yang pertuturannya mengganggu komunikasi, menuntut perhatian, dan mengecewakan kedua-dua penutur dan pendengar. Pakar ini, yang dikenali sebagai ahli terapi pertuturan, menilai dan membetulkan pertuturan cacat dan mengajar kemahiran bertutur yang baru. Bidang terapi pertuturan sering dinamakan patologi pertuturan, dan ahli terapi pertuturan kadangkala dikenali juga sebagai ahli patologi pertuturan bahasa, atau klinisian pertuturan. | UMUM | |
ARNOLD, EDDY | Arnold, Eddy (1918– ), penyanyi Amerika dan merupakan salah seorang penghibur yang paling popular dalam bidang nyanyian rakyat dari pertengahan tahun 1940-an hingga sepanjang tahun 1960-an. Arnold merupakan perintis dalam usaha menarik pendengar yang ramai terhadap nyanyian rakyat. Lagunya yang paling terkenal termasuklah “Cattle Call” (1944), “I Really Don’t Want to Know” (1954), “You Don’t Know Me” (1956), “Tennessee Stud” (1959) dan “Make the World Go Away” (1965). | UMUM | |
BINTANG RADIO | BINTANG RADIO, pertandingan nyanyian tahunan yang popular di kalangan pendengar Radio Malaysia sebelum adanya siaran televisyen. Pertandingan ini diperkenalkan pada tahun 1956 dan ditamatkan pada tahun 1970. Tujuannya adalah untuk mencungkil dan memupuk bakat baru dalam bidang seni suara. Usaha ini juga menggalakkan lebih ramai penyanyi tempatan memperbaiki mutu seni suara untuk rakaman piring hitam atau persembahan di kelab malam. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
SUARA MALAYSIA | SUARA MALAYSIA, rancangan penyiaran khas untuk pendengar di luar Malaysia. Suara Malaysia ditubuhkan sebagai Suara Malaya pada 15 Februari 1963. terdapat tiga perkhidmatan pada peringkat permulaan, iaitu siaran bahasa Indonesia, bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin. Setiap unit mengendalikan satu jam masa siaran sehari. Tujuan awal penubuhan Suara Malaysia adalah untuk membanteras propaganda anti-Malaysia dan dasar Konfrontasi Indonesia. Sambutan yang menggalakkan daripada pendengar di Indonesia menyebabkan Suara Malaysia menambah waktu siaran. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MUZIK ROCK | Muzik rock merupakan salah satu bentuk muzik dunia yang paling popular dan yang paling mudah disesuaikan. Muzik ini mula muncul di Amerika Syarikat pada awal tahun 1950-an, dan dikenali sebagai rock ’n’ roll (juga dieja rock and roll ). Pada permulaannya, ia merupakan muzik untuk majlis perjumpaan dan tarian yang menarik minat pendengar daripada golongan muda. Muzik ini sering dimainkan untuk berseronok di kalangan remaja, dan kadangkala digunakan untuk meluahkan kekecewaan mereka. Muzik ini berkembang dengan cepat dan tidak lama kemudian ia menjadi budaya ekspresi antarabangsa bagi golongan remaja. | UMUM | |
PENGLIPUR LARA | PENGLIPUR LARA, nama umum untuk tukang cerita dalam tradisi lisan Melayu. Penglipur lara mendapat panggilan ini kerana cerita rakyat yang disampaikannya menghiburkan hati pendengar dan menghilangkan duka lara bukan sahaja bercerita tetapi melakonkan aksi watak-watak dalam ceritanya, mengajuk ucapan dialog dan bangun menari, bersilat, berjalan dan bergerak di pentas untuk menghidupkan ceritanya. Dia juga menggunakan topeng-topeng untuk menggambarkan lebih jelas rupa sesuatu watak, terutama watak utama dan watak jahat. Kadang-kadang penglipur lara menyarungkan pakaian seperti baju layang atau sesuatu jubah yang longgar dengan cepat di atas pentas bagi mengindahkan lagi penceritaannya. | SASTERA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
NEKA BAHASA | NEKA BAHASA , jenis penggunaan bahasa menurut taraf. Neka bahasa ialah jenis gaya dalam penggunaan bahasa dalam keadaan khas menurut taraf penutur dan pendengar yang terlibat. Neka bahasa serupa dengan laras sosial. Di samping itu laras bidang dikhususkan kepada penggunaan bahasa baku dalam bidang seperti ilmu, undang-undang dan sastera klasik. Tiap-tiap penutur bahasa Melayu menguasai semua atau kebanyakan neka bahasa Melayu. Mereka tahun memilih neka yang sesuai dalam keadaan yang berbeza. | BAHASA | Bahasa |
S. EFFENDI | S. EFFENDI (1923 - ), penyanyi dan pencipta lagu Indonesia. Nama penuhnya ialah Said Effendi. Dia lahir pada 6 Ogos 1923 di Besuki, Jawa Timur, Indonesia. Dia yang berketurunan Madura menjalani hidup yang agak tidak menentu sewaktu kecilnya. Sejak berusia lima tahun dia sudah biasa bangun pagi untuk ke surau melaungkan azan subuh. Suaranya telah memukau pendengar. S. Effendi menjadi piatu sewaktu berusia enam tahun lagi. Oleh sebab ayahnya sibuk berdagang di merata-rata tempat, dia sering ditinggalkan sendirian. Dia tidak mendapat pendidikan formal dan sering keluar masuk sekolah. Dia pernah dihantar oleh bapa saudaranya belajar di madrasah. | BUDAYA | Tokoh |