ALAT PENDENGARAN | Alat pendengaran ialah sejenis peranti yang dapat mempertingkat daya pendengaran. Ramai orang yang mengalami kecacatan pendengaran bergantung pada peranti ini. | UMUM | |
TELINGA | Telinga ialah organ deria yang membolehkan kita mendengar. Pendengaran ialah salah satu deria yang sangat penting. Pendengaran membolehkan kita berhubung antara satu sama lain melalui pertuturan. Perkembangan pertuturan itu sendiri amat bergantung kepada pendengaran. Kanak-kanak belajar bercakap dengan cara mendengar dan kemudiannya meniru percakapan orang lain. | UMUM | |
AUDIOLOGI | Audiologi ialah profesion yang tertumpu pada pengesanan dan rawatan masalah pendengaran. Ahli audiologi menentukan sama ada seseorang mempunyai masalah kurang pendengaran atau tidak. Mereka juga mengukur kesan kehilangan pendengaran separa atau keseluruhan berdasarkan kebolehan pesakit berkomunikasi. | UMUM | |
ANJING PANDU | Anjing pandu ialah anjing yang dilatih khas untuk memandu orang buta atau untuk menyedarkan orang rosak pendengaran terhadap bunyi yang penting. Anjing yang memandu orang buta dinamakan anjing pandu atau anjing melihat, dan anjing yang membantu orang rosak pendengaran dinamakan anjing mendengar atau anjing telinga mendengar. | UMUM | |
TELEPATI | Telepati ialah komunikasi fikiran, perasaan, atau pengetahuan daripada seseorang kepada seseorang yang lain tanpa menggunakan sebarang deria biasa seperti pendengaran, penglihatan, bau, rasa, atau sentuhan. Kadangkala telepati dikenali sebagai pembacaan fikiran atau penghantaran fikiran. Telepati boleh berlaku misalnya jika seseorang memikirkan sesuatu yang khusus dan orang lain dapat menyatakan atau menulisnya dengan tepat. Bagaimanapun, untuk menunjukkan adanya telepati, perlakuan tadi hendaklah diulang dan tidak boleh diterangkan dengan cara yang lain. | UMUM | |
KLAIRVOYANS | Klairvoyans ialah kesedaran terhadap kejadian, objek, atau manusia tanpa menggunakan deria pendengaran, penglihatan, bau, rasa atau sentuhan. | UMUM | |
ALAT SAINTIFIK | Alat saintifik ialah alat untuk mempelajari tentang dunia. Segala-gala diketahui tentang persekitaran kita melalui deria seperti pendengaran, penglihatan dan bau. Bagi kebanyakan tujuan, deria kita melakukan tugas dengan baik untuk memberitahu kita apa yang berlaku di sekeliling kita. Tetapi kita memerlukan bantuan daripada alat saintifik untuk mengetahui seperti apa yang berlaku di angkasa atau dalam suatu atom. | UMUM | |
DERIA | Deria ialah cara haiwan bersel banyak memberitahu apa yang berlaku dalam persekitarannya. Ramai orang menyangka bahawa manusia hanya mempunyai lima deria — pendengaran, penglihatan, bau, rasa dan sentuhan. Tetapi terdapat jenis deria lain yang memberi maklumat tentang kedudukan dan pergerakan tubuh dan tentang keperluannya. Deria ini termasuk keseimbangan, rasa lapar, kesakitan, dan rasa dahaga. | UMUM | |
REALITI MAYA | Realiti maya ialah persekitaran tiga dimensi, artifisial yang dicipta oleh komputer dan pelbagai alat lain. Alat ini dan perisian khas memanipulasi deria manusia – terutamanya deria penglihatan dan pendengaran – untuk mencipta perasaan seolah-olah berada di dalam dunia janaan komputer. | UMUM | |
DARWAZAH, MUHAMMAD ‘IZZAH | Darwazah, Muhammad ‘Izzah (1306 –1404 H/1888–1984 M) ialah sasterawan dan ahli sejarah yang berasal dari Palestin. Dia lahir di bandar Napies di Palestin. Dia mendapat pendidikan di Palestin dan memegang banyak jawatan penting seperti Pengarah Hal-Ehwal Islam Palestin. Darwazah menyertai gerakan nasionalisme di Palestin. Dia kehilangan pendengaran pada tahun 1352 H, menyebabkan dia hanya menumpukan perhatian terhadap bidang pembacaan dan penulisan. Dia menghasilkan lebih daripada 50 buah buku dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan terutamanya dalam bidang pengajian al-Qur’an dan sejarah. | UMUM | |