Sekat wap atau sekat stim berlaku dalam enjin petrol apabila sebahagian daripada petrol mendidih dalam sistem bekalan bahan api. Enjin yang panas berlebihan boleh menyebabkan pendidihan, atau pengewapan , bahan api. Ini mengurangkan amaun minyak yang dipam ke enjin, kerana wap (stim) mengambil lebih banyak ruang daripada cecair. Enjin tidak berjalan dengan betul, atau terhenti sehingga petrol yang diwapkan menyejuk dan bertukar menjadi cecair. Sekat wap paling kerap berlaku semasa pendakian yang lama, curam pada hari panas, atau apabila memperlahankan kereta dengan tiba-tiba selepas dipandu dengan teruk. |