TOLKIEN, JR | Ahli linguistik, pendidik dan novelis terkemuka dalam genre fantasi dewasa. | SASTERA | Tokoh |
MOHD YUSUF AHMAD, DATO | pentadbir, pendidik, penulis dan pejuang kebangsaan dalam penulisan dan pendidikan. | BAHASA | Tokoh |
MENTESSORI, MARIA | Mentessori, Maria (1870–1952) ialah pendidik dan doktor Itali. Dia mencipta suatu sistem pendidikan bagi membantu kanak-kanak dalam perkembangan kecerdasan dan berdikari. Pendekatan pendidikannya dikenali sebagai kaedah Montessori (lihat Kaedah Montessori). Sekolah Montessori terdapat di seluruh dunia. | UMUM | |
SILLIMAN BENJAMIN | Silliman Benjamin (1779–1864) ialah pendidik dan ahli sains Amerika yang terkemuka, yang mengasaskan American Journal of Science pada tahun 1818. Jurnal ini pada mulanya menyiarkan rencana oleh ahli sains daripada pelbagai bidang. Kini, jurnal ini hanya memuatkan rencana tentang geologi. Silliman bertugas sebagai editor melebihi 20 tahun. Dia juga menulis buku teks kimia dan menyunting buku teks kimia dan geologi. | UMUM | |
ARISTOTLE | Aristotle (384–322 S.M.), ahli falsafah, pendidik, dan ahli sains Yunani yang merupakan salah seorang ahli fikir yang paling agung dan paling berpengaruh dalam budaya Barat. Aristotle mungkin seorang ahli falsafah Yunani klasik atau purba yang paling terpelajar dan paling berilmu. Dia membiasakan dirinya dengan keseluruhan pembangunan pemikiran Yunani sebelum zamannya. Dalam tulisannya, Aristotle mempertimbangkan, meringkaskan, mengkritik, dan seterusnya mengembangkan kesemua tradisi intelek yang kaya yang diwarisinya. Aristotle dan gurunya Plato biasanya dianggap sebagai dua orang ahli falsafah Yunani purba yang paling penting. | UMUM | |
ORFF, CARL | Orff, Carl (1895–1982) ialah penggubah dan pendidik muzik Jerman. Dia menghasilkan karya utamanya untuk pertunjukan pentas. Karyanya menggabungkan muzik instrumental, nyanyian, dan gerak isyarat dan tarian dalam suatu kesatuan persembahan. Muzik Orff menekankan sesuatu yang ringkas seperti melodi dan harmoni rakyat. Dia menggunakan peralatan perkusi untuk menghasilkan rangsangan irama yang bertenaga. Orff menggunakan skala Oriental dan Zaman Pertengahan serta teks dalam beberapa bahasa yang dinyanyikan secara serentak. | UMUM | |
NEVINS, ALLAN | Nevins, Allan (1890–1971), ahli sejarah dan pendidik Amerika Syarikat yang dua kali dianugerahi Hadiah Pulitzer dalam bidang biografi. Grover Cleveland: A Study in Courage memenangi hadiah ini pada tahun 1933, dan Hamilton Fish: The Inner History of the Grant Administration pada tahun 1937. | UMUM | |
PLATO | Plato (427?–347? S.M.) ialah ahli falsafah dan pendidik Yunani purba. Dia dikenali sebagai salah seorang ahli fikir dan penulis terkemuka dalam sejarah budaya Barat. | UMUM | |
PUPIN, MICHAEL IDVORSKY | Pupin, Michael Idvorsky (1858–1935) ialah jurutera elektrik, pendidik, dan pereka cipta Serbia-Amerika. | UMUM | |
DEWEY, JOHN | Dewey, John (1859–1952) ialah ahli falsafah dan pendidik Amerika. Dia salah seorang ahli falsafah pertama yang dipengaruhi oleh psikologi dan teori evolusi yang diutarakan oleh ahli alamiah Inggeris, Charles Darwin. | UMUM | |