Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendidikan 6


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
QABUS IBN SA‘ID

Qabus ibn Sa‘id (1359 H. – /1940 M.– ) ialah

sultan kerajaan Oman. Sultan Qabus ibn Sa’id lahir

di bandar Salalah yang terletak di selatan Oman.

Ketika berusia 6 tahun, Sultan Qabus telah mula

belajar di beberapa sekolah dan pusat pengajian di Oman

hinggalah baginda mendapat pendidikan asas yang sempurna.

Seterusnya Sultan Qabus menyambung pengajian

di United Kingdom dan memasuki Fakulti Ketenteraan Saint Herst

dan kembali ke negara sendiri setelah mendapat

keputusan yang cemerlang untuk menyumbang

jasa kepada pembangunan negara.

UMUM 
POLITEKNIK UNGKU OMARPOLITEKNIK UNGKU OMAR, institusi pendidikan yang melatih lulusan sekolah menengah menjadi tenaga separa profesional pada peringkat sijil dan diploma dalam pelbagai bidang kejuruteraan, teknologi dan perdagangan. Politeknik Ungku Omar telah ditubuhkan pada tahun 1968 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan bantuan United Nation of Educations Science and Culture Organisation (UNESCO). Peruntukan sebanyak RM24.5 juta diperoleh daripada United Nation Development Programme (UNDP). UNESCO telah dipertanggungjawabkan untuk merancang dan melaksanakan pembinaan politeknik yang pertama di Malaysia di kawasan seluas 22.6 hektar di Jalan Dairy, Ipoh, Perak.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
BADARUDDIN H.O.

BADARUDDIN H.O. (1942 -     ), penyair Negara Brunei Darussalam. Dia lahir pada 23 September 1942 di Kampung Burung Pingai Air, Brunei Darussalam. Nama sebenarnya ialah Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Haji Othman. Setelah dia dikurniai gelaran oleh Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam pada 6" Year="1984">6 November 1984, dia dikenal sebagai Pehin Udana Khatib Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Haji Othman (salah seorang Menteri Agama, Brunei). Dia menerima pendidikan asas di Brunei. Dari tahun 1956 hingga tahun 1961, Badaruddin melanjutkan pelajaran di Sekolah Arab al-Juneid, Singapura. Setelah itu dia meneruskan pelajaran di Kolej Islam Kelang. Dari tahun 1968 hingga tahun 1971, dia ke Al-Jami’ah al-Azhar, Mesir dan lulus dengan memperoleh ijazah Sarjana dalam bidang Siasah Perundangan Islam.

SASTERAKonsep
MOHAMED FUAD STEPHENS, TUN

Mohamed Fuad Stephens, Tun (1920–1976)

merupakan Ketua Menteri Sabah yang pertama

dari tahun 1963 hingga 1965. Dia lahir pada 14

September 1920 di Kudat, Sabah. Dia dan

keluarganya memeluk agama Islam pada tahun

1971. Nama sebenarnya ialah Donald Stephens. Dia

menerima pendidikan di

Keningau, Jesselton (kini

Kota Kinabalu) dan

Sandakan. Dia meninggal

dunia pada 6 Jun 1976

dalam nahas kapal

terbang di Kota Kinabalu,

Sabah.

UMUM 
TURINO DJUNAEDITURINO DJUNAEDI (1927 -    ), pengarah, produser, penulis skrip dan usahawan Indonesia.  Dia lahir pada 6 Jun 1927 di Padangtiji, Aceh, Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Teuku Djuned.  Dia mendapat pendidikan awal di Hollandsh-Inlandsche School (HIS), kemudian berpindah ke Sekolah Lanjutan Perguruan (SLP) pada tahun 1942.  Turino pernah menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Teknik (SMT) di Solo, Jawa, tetapi tidak tamat.  Dia juga pernah mengikuti kursus Sinematografi dan Produksi Filem di Tokyo pada tahun 1964.BUDAYATeori/Teorem/Hukum
KERN J.H.KERN J.H. (1833-1917), ahli bahasa Belanda. Dia lahir 1 pada 6 April 1833 di Purworedjo, Indonesia. Nama penuhnya ialah Jan Hendrik Casper Kem. Dia mendapat pendidikan tinggi di University of Utrecht, Leiden dan di Berlin. Dari tahun 1858 hingga tahun 1862, Kern mengajar di College of Maastricht, kemudian mengajar Sanskrit di Queen's College, Benares, India (1863 -1865). Pada tahun 1985, Kern dilantik sebagai Profesor Sanskrit di University of Leiden hingga tahun 1903.BAHASATokoh
SAHLAN MOHD. SAMAN

SAHLAN MOHD. SAMAN (1949 -     ), penulis.  Dia lahir pada 3 November 1949 di Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Parit 6, Sungai Besar, Selangor (1956 – 1959), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Sabak Bernam (1960 – 1962) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Sabah Bernam (1963 – 1967).  Sebelum memasuki Maktab Perguruan Ilmu Khas, di Kuala Lumpur pada tahun 1970, dia bertugas sebagai guru sementara.

SASTERATokoh
SITI NORMA YAAKOB

SITI NORMA YAAKOB, Dato’ (1940 -     ), Hakim Mahkamah Tinggi wanita yang pertama (1983) dan Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia wanita yang pertama (1994).  Dia lahir pada 6 Julai 1940 di Seremban, Negeri Sembilan.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Rahang (1945-1946) sebelum berpindah ke Convent of the Holy Jesus hingga Tingkatan Lima (1947-1957).  Pada tahun 1958, dia bersekolah di King George V, Seremban, Negeri Sembilan.  Kemudian dia menyambung pengajiannya dan memperoleh Barrister-at Law dari Gray’s Inn, London pada tahun 1962.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
S. EFFENDI

S. EFFENDI (1923 -       ), penyanyi dan pencipta lagu Indonesia.  Nama penuhnya ialah Said Effendi.  Dia lahir pada 6 Ogos 1923 di Besuki, Jawa Timur, Indonesia.  Dia yang berketurunan Madura menjalani hidup yang agak tidak menentu sewaktu kecilnya.  Sejak berusia lima tahun dia sudah biasa bangun pagi untuk ke surau melaungkan azan subuh.  Suaranya telah memukau pendengar.  S. Effendi menjadi piatu sewaktu berusia enam tahun lagi.  Oleh sebab ayahnya sibuk berdagang di merata-rata tempat, dia sering ditinggalkan sendirian.  Dia tidak mendapat pendidikan formal dan sering keluar masuk sekolah.  Dia pernah dihantar oleh bapa saudaranya belajar di madrasah.

BUDAYATokoh
PRAMOEDYA ANANTA TOER

                                                                 Pramoedya Ananta Toer

 

PRAMOEDYA ANANTA TOER (1925-2006), penulis novel Indonesia. Dia lahir pada 6 Februari 1925 di Blora, Jawa Tengah, Indonesia. Pramoedya ialah anak sulung nasionalis Pak Toer. Pramoeya menamatkan pendidikan dasarnya ketika berusia 15 tahun. Kemudian dia memasuki sekolah kejuruan radio di Surabaya. Ketika tentera Jepun mendarat di Jawa, Pramoedya kembali ke Blora. Pada masa pendudukan Jepun, ibunya meninggal dunia. Ayah Pramoedya menyuruhnya mencari pekerjaan di Jakarta bersama-sama adik lelakinya.

SASTERATokoh

Kembali ke atas