Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jasmani (adjektif)
Bersinonim dengan badani, badaniah, fizikal;,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENDIDIKAN JASMANI UMUM 
NAISMITH, JAMES

Naismith, James (1861–1939), guru Kanada yang

telah mencipta permainan bola keranjang pada

tahun 1891 (lihat Bola keranjang ). Dia mahu

mencipta permainan di dalam bangunan pada

musim sejuk. Dia telah memaku dua buah bakul pic

dan menggunakan bola sepak untuk permainan

pertamanya. Dia mencipta permainan itu ketika dia

menjadi guru pendidikan jasmani di International

YMCA Training School (sekarang dikenali sebagai

Springfield College), Springfield, Massachusetts,

Amerika Syarikat.

UMUM 
TADIKA

Tadika ialah kelas atau sekolah kecil untuk kanak-kanak

yang biasanya berumur antara empat hingga

enam tahun. Kanak-kanak tadika menghabiskan

waktu beberapa jam sehari dengan guru yang

menolongnya belajar melalui bermain dan aktiviti

lain seperti lukisan, muzik, seni bahasa, pendidikan

jasmani dan sains. Friedrich Fröbell seorang

pendidik berbangsa Jerman mencipta perkataan

tadika pada pertengahan tahun 1800-an. Nama itu

berasal daripada dua perkataan Jerman yang bererti

taman kanak-kanak .

UMUM 

Kembali ke atas