Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tinggi (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan panjang, lampai, langsing, renjong, tonjeng, lonjong, agam, ampai,
Berantonim dengan pendek

2. Bersinonim dengan luhur: mulia, murni, besar, agung,
Berantonim dengan hina

3. Bersinonim dengan angkuh: bongkak, congkak, sombong, pongah,

4. Dalam konteks suara
bersinonim dengan nyaring, muluk, halus dan keras,
Berantonim dengan rendah

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan mahal, melambung, menjulang, meningkat, naik,
Berantonim dengan rendah

Kata Terbitan : meninggikan, ketinggian,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LEWIS, M.B.

LEWIS, M.B. (1890-1971), pengkaji bahasa Melayu. Dia lahir pada 13 Disember 1890 di Cardiff. Nama sebenarnya ialah Martha Blanche Lewis. Lewis dibesarkan di Wales dan menerima pendidikan tinggi di University of Cardiff.

BAHASATokoh
BUDI DARMA

BUDI DARMA (1937 -      ), penulis dan pengkritik kesusasteraan Indonesia.  Dia lahir pada 25 April 1937 di Rembang, Jawa Tengah, Indonesia.  Dia mendapat pendidikan tinggi dalam urusan sastera Inggeris di Fakultas Sastra dan Kebudayaan, Universitas Gajah Mada, Yogyakarta (1963).  Dari tahun 1970 hingga tahun 1971, dia pernah ke University of Hawaii, Honolulu untuk memperdalam pengetahuannya. Kemudian dia ke University of Indiana, Bloomington, Amerika Syarikat untuk mendapatkan ijazah Sarjana Sastera (1976) dan ijazah Doktor Falsafah (1980).

SASTERATokoh
KERN J.H.KERN J.H. (1833-1917), ahli bahasa Belanda. Dia lahir 1 pada 6 April 1833 di Purworedjo, Indonesia. Nama penuhnya ialah Jan Hendrik Casper Kem. Dia mendapat pendidikan tinggi di University of Utrecht, Leiden dan di Berlin. Dari tahun 1858 hingga tahun 1862, Kern mengajar di College of Maastricht, kemudian mengajar Sanskrit di Queen's College, Benares, India (1863 -1865). Pada tahun 1985, Kern dilantik sebagai Profesor Sanskrit di University of Leiden hingga tahun 1903.BAHASATokoh
UMAR KAYAM

UMAR KAYAM (1932-    ), budayawan dan penulis Indonesia.  Dia lahir pada 30 April 1932 di Ngawi, Jawa Tengah, Indonesia.  Dia mendapat pendidikan tinggi di Universitas Gadjah Mada sebelum menyambung pada peringkat sarjana di New York dan pada peringkat Doktor Falsafah di Cornell (1965).  Setelah menamatkan pengajiannya di Amerika Syarikat, dia kembali ke Indonesia dan menjadi Direktor Jenderal Radio, Televisi dan Film Departemen Penerangan Republik Indonesia (1966-1969).  Dari tahun 1969 hingga tahun 1972, dia menjadi Ketua Dewan Kesenian Jakarta dan Rektor Lembaga Pendidikan Kesenian Jakarta.  Dari tahun 1975 hingga tahun 1976, dia menjadi Direktor Pusat Latihan Ilmu-ilmu Sosial Universitas Hasanuddin.  Kini, dia menjadi Kepala Pusat Penelitian Kebudayaan Universitas Gadjah Mada, dan Guru Besar di Fakultas Sastera di universiti tersebut.

SASTERATokoh
KAMARIAH SAADON

KAMARIAH SAADON (1920-    ), penulis cerpen dan novel. Dia lahir pada 20 Ogos 1920 di Johor Baru, Johor. Dia menggunakan nama samaran Kamariah Johor, Melati Tanjung Puteri dan Qamar. Dia mendapat pendidikan rendah di Johor Baru. Setelah menamatkan persekolahan, dia terpilih menjadi guru pelatih dalam kumpulan 24 guru perintis perempuan di Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Durian Daun, Melaka (1935) yang merupakan satu-satunya institusi pendidikan tinggi untuk melatih guru.

SASTERATokoh
SEKOLAH TINGGI

Sekolah tinggi ialah sekolah yang terdapat di

Amerika Syarikat dan Kanada yang menyediakan

beberapa tahun pengajian untuk kanak-kanak

yang berusia antara 14 tahun dan 17 tahun di

bawah peringkat umur muda. Di negara-negara

lain sekolah tinggi dikenali sebagai sekolah

menengah . Sekolah tinggi menyediakan

pendidikan biasa dan menyediakan pelajar yang

akan melanjutkan pelajaran ke kolej atau untuk

mendapatkan pekerjaan.

UMUM 
SYED NASIR ISMAIL, TUN

Syed Nasir Ismail, Tun (1921–1982) ialah tokoh

bahasa dan ahli politik. Dia mendapat pendidikan

awal di Sekolah Melayu Bandar Tinggi, Batu Pahat,

Johor. Kemudian, dia melanjutkan pelajaran di

Government English School, Batu Pahat dan lulus

Senior Cambridge pada tahun 1938. Setelah

menamatkan pelajaran pada peringkat menengah,

dia memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris

(MPSI), Tanjung Malim dan mengambil kursus

Penolong Nazir sekolah-sekolah.

UMUM 
YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMANYAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN, tabung pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan.  Yayasan ini ditubuhkan bagi memperingati jasa dan sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia yang pertama sebagai Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia.  Yayasan Tunku Abdul Rahman telah ditubuhkan secara rasmi melalui Akta Parlimen Bilangan 43, bertajuk Akta Tabung AmanahYayasan Tunku Abdul Rahman.  Akta ini diluluskan di Parlimen pada 15 Julai 1966.  Tujuan tabung pendidikan ini diadakan adalah bagi membantu pelajar-pelajar Melayu pada peringkat pengajian tinggi.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PICCARD

Piccard ialah nama keluarga ahli sains

Switzerland yang sangat terkenal dalam bidang

aeronautika (penerbangan) dan kajian lautan dengan

mereka bentuk dan menguji belon beraltitud tinggi

yang baru dan juga kapal selam laut dalam. Auguste

dan Jean Piccard, dua saudara kembar lahir di Basel,

Switzerland dan mendapat pendidikan di Zurich.

Jacques Piccard, anak lelaki Auguste lahir di Brussel,

Belgium , dan memperoleh ijazah dari University of

Geneva .

UMUM 
BOEN S. OEMARJATI

BOEN S. OEMARJATI  (1940-      ), pengkaji kesusasteraan Indonesia.  Dia lahir pada 11 Disember 1940 di Jakarta, Indonesia. Dia dibesarkan di tengah-tengah keluarga intelektual yang sangat terhormat di Indonesia.  Ayahnya, Slamet Imam Santoso, bekas guru besar di Universitas Indonesia, juga terkenal sebagai budayawan dan pemikir pendidikan.  Boen tamat pendidikan dasar, menengah, dan tinggi di Jakarta.  Meskipun di Sekolah Menengah Atas (SMA) dia memilih bidang sains, pada peringkat perguruan tinggi dia memperdalam ilmunya dalam bidang sastera Indonesia.

SASTERATokoh
1234

Kembali ke atas